Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Melayu
ISBN: 9786294550032
Bil. Muka surat: 160 m/s
Format: Paperback
Harga: RM26
Berat: 0.2kg
Sinopsis:
Teme Abdullah, remaja yang bercita-cita menjadi seorang arkitek. Perjalanannya sudah tersusun rapi, namun akibat terkandas di A-Level dia terpaksa melupakan harapannya. Saat tersepit antara cita-cita dan harapan, Teme membuat keputusan drastik untuk menyambung pelajaran tanpa biasiswa!
Bumi London menjadi saksi kesusahan Teme. Pelbagai ujian dan cabaran dihadapi bagi menggenggam gelaran arkitek. Dalam jurang keputusasaan, masih ada sahabat setia bersamanya dan masih ada harapan menanti. Saat semuanya kelihatan gelap, muncul cahaya yang bakal mengubah hidup seorang Teme.
Mampukah lukisan ini disiapkan? Atau terkandas di tengah jalan?
Komik ini adalah adaptasi hal-hal penting yang berlaku dalam Pelukis Jalanan dengan tambahan plot masa hadapan dari perspektif baru.
Dengan kerjasama Kadokawa Gempak Starz, Pelukis Jalanan kesayangan ramai kini hadir dalam adaptasi komik!
Adaptasi ini menampilkan momen-momen penting yang membentuk kisah jatuh bangun Teme sepanjang meneruskan pengajian di Kota London. Walaupun tidak memuatkan keseluruhan kandungan buku asal, komik ini memilih bahagian paling signifikan untuk memberikan pengalaman bermakna kepada pembaca.
Lebih istimewa, naskhah setebal 160 halaman penuh berwarna ini turut disertakan 20 soalan temu bual khas bersama Teme Abdullah, serta plot tambahan kemunculan Teme masa kini yang tiada dalam Pelukis Jalanan.
Ciri istimewa Komik Jalanan:
⁃ Untuk bacaan ringan dan cepat
⁃ Dihiasi ilutrasi bergambar dan berwarna penuh
⁃ Sesuai untuk yang belum pernah membaca mana-mana karya Teme Abdullah
⁃ Sesuai untuk anak-anak berusia 13thn
Dapatkan komik ini untuk melengkapkan koleksi Siri Jalanan anda - atau berikan kepada kepada adik-adik kita supaya mereka turut sama terinspirasi!