Kekok By Akif Basri

Apabila seseorang meluahkan masalahnya, kadangkala kita rasa bertanggungjawab untuk beri nasihat dan kata-kata semangat kepadanya. Kita rasa dengan hanya mendengar, tidak cukup untuk membantu. Tapi apabila kita cuba berikan nasihat, dia menjauh. Nak diam serba salah, nak cakap pun salah. Kekok betul.
Apa sebenarnya yang patut kita lakukan sebagai pendengar? Bilakah waktu yang sesuai untuk kita hanya diam mendengar atau beri nasihat? Adakah cukup kita membantu dengan hanya mendengar?
Menjadi pendengar memainkan peranan yang penting kepada si peluah masalah kerana dia rasa didengari. Kita mendengar untuk memahami, tidak semestinya untuk memberi respons.
Menerusi buku KEKOK, Akif Basri menampilkan tip praktikal untuk kita menangani rasa kekok apabila berinteraksi secara berhadapan dan di alam maya – agar kita menjadi pendengar yang mampu menyediakan ruang selamat kepada orang terdekat untuk meluahkan masalah.
Table Of Content
- PENGENALAN
-
KOMUNIKASI SECARA BERHADAPAN
Kisah AA: Hidup untuk Memuaskan Hati Orang Lain
5 Cara Supaya Dia Selesa untuk Mula Bercerita
5 Cara Supaya Dia Senang Meluah
5 Cara Supaya Dia Rasa Difahami dan Menamatkan Perbualan
Kesimpulan
-
KOMUNIKASI DI ALAM MAYA
Pengenalan
Mengenali Dunia Alam Maya
Komunikasi Dalam Bulatan Dalaman
Empati di Alam Siber
Menunjukkan Keberadaan di Alam Siber
10 Cara Komunikasi Melalui Mesej Teks
Psikologi di Sebalik Ghosting
Bagaimana Berhadapan dengan Konflik
Komunikasi Dalam Bulatan Luaran
5 Faktor Yang Menentukan Identiti Seseorang di Alam Siber
Menjadi Pendengar Bulatan Luaran
3 Faktor yang Perlu Dipertimbangkan untuk Menjadi Pendengar Kepada Orang yang Tidak Dikenali