Zoom the image with mouse

Kapal Terakhir Di Dunia Episod III by Teme Abdullah

115 In stock
RM30.00
customers are viewing this product

Siri terakhir Kapal Terakhir di Dunia kini telah tiba! Dapatkan sekarang untuk mengetahu penamat kisah Aria dan penduduk-penduduk Bokor.

Author: Teme Abdullah
Publisher: Iman Publication
Year Published: 2021
Language: Malay
ISBN: 978-967-2459-22-4
Pages: 320 pages
Format: Paperback
Weight : 0.4 kg

Sinopsis

“Kosongkan minda... Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkara yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkara yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap…”

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci - suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoalan timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh?

Ingin tahu jawapannya? Dapatkan naskah terakhir Kapal Terakhir Di Dunia hari ini.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review

Customer Reviews

Based on 20 reviews
55%
(11)
40%
(8)
5%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
I
Izz (Goodreads)
Kapal Terakhir Di Dunia

1. Plot cerita ni memang dah menarik, superb, walaupun ada beberapa plot tu dah boleh baca dah misteri yang Teme nak sembunyikan tu.
2. Dalam cerita ni, nampak lar macam mana senangnya manusia dibodoh²kan... macam mana Aria rasa marah bila dapat tau kebenaran, kita yang baca pun rasa marah gak.
3. Singkapan misteri Teme tu, dibuka satu persatu, mendebarkan. Tapi, paling terkejut masa Tuan Yang Suci tu tunjukkan hobi masterpiece dia. Wow! I thought only a part of it, tak sangka the whole body.
4. Cumanya, buku ke 3 ni banyak flashback, sebab ni dari POV yang lagi 1 untuk merungkai misteri² tu.
5. Dah rasa seronok dah dengan apa Aria buat kat Tuan suci tu...tapi....
6. Apa jadi dengan Aria lepas tu? Ingat hero...last² orang lain plak heronya...apa ni??
7. Kenapa ending tergantung ni??? Sakit hati baca sedap² tapi ending macam ni..

Makanya, bagi 3.5 ⭐ je sebab paling kecewa dengan ending.

R
Rainy Rose (Goodreads)
Kapal Terakhir Di Dunia

1. Dalam masa 6 tahun itu apakah yang telah terjadi kepada Aria dan Vanessa?

2. Siapakah pelopor penggunaan renjatan elektrik bagi memulihkan memori "askar-askar" di Aras Atas? Bagaimanakah tiba-tiba timbulnya idea untuk memulihkan memori mereka dengan cara ini?

Ini hanyalah dua daripada beberapa persoalan yang bermain di fikiran aku. Aku juga terbaca catatan saudara Teme di blog beliau mengenai penamat KTDD ini yang mana pembaca bebas untuk ada versi masing-masing. Okay, maksudnya buku ini lebih kepada open ending lah kan sebab kita semua bebas memikirkan apa yang berlaku seterusnya. Masa ni, aku juga dah ada versi penamat aku sendiri. Aku juga faham apabila Teme memutuskan untuk menamatkan buku ini dengan penamat sebegitu. Cuma daripada sudut pandangan akulah, mungkin boleh dijelaskan lagi beberapa perkara yang tidak diketahui. Atau mungkin aku sendiri yang tak nampak perkara-perkara itu di dalam buku ini, aku tak pasti.

Akhir kata, kudos to Teme for this series. I'm looking forward to more of your adventures in future.

Q
Que Razali (Goodreads)
Kapal Terakhir Di Dunia

Hmmm... Memasuki naskhah terakhir bagi trilogi KTDD ini, tetap saya rasakan sentuhan Teme masih tidak hampir dengan jiwa. Kisah kali ini saya kira seperti tidak ada fokus yang diletakkan. Ceritanya juga agak kabur. Sampai ke pengakhiran, tetap juga ada rasa tidak puas hati dengan penamat kisah ini.

Walau bagaimanapun, usaha penulis untuk memberi kesedaran tentang apa yang berlaku pada kehidupan kita hari ini sedikit sebanyak berjaya memberi pengajaran kepada kita. Tahniah buat Teme Abdullah. Jangan berhenti untuk terus menghasilkan karya penuh berilmiah.

"Kita semua kambing." - Aria

Kapal Terakhir Di Dunia Episod III by Teme Abdullah
You have successfully subscribed!
This email has been registered