Farhan Belajar Berkongsi Daripada Kisah Nabi Muhammad S.A.W Yang Pemurah
Penulis: Safa Safwan, Nabilah M. Zaidi & Ustaz Syaari Ab Rahman
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297956176
Bil. Muka surat: 36
Format: Paperback
Harga: RM19.90
Berat: 0.3kg
Sinopsis
Suatu hari, Farhan mahu membawa lempeng kentang kegemarannya ke sekolah. Namun, bekalnya terjatuh dan hanya tinggal satu lempeng kentang yang masih elok. Apabila tiba waktu rehat, Farhan tidak mahu berkongsi makanannya dengan kawan.
Cikgu kemudiannya bercerita tentang kisah Nabi Muhammad S.A.W serta kaum Ansar yang berkongsi harta mereka dengan kaum Muhajirin yang tiada apa-apa.
Ikuti kisah Farhan:
• Belajar tentang sifat pemurah Nabi Muhammad S.A.W dan kaum Ansar.
• Belajar berkongsi kebaikan dengan orang lain.