-10%
Zoom the image with mouse

Berteduh Daripada Kegelisahan Hati By Pahrol Mohd Juoi

20 In stock
RM31.50 RM35.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbit: 2021
Bahasa: Melayu 
ISBN: 9789672459101
Ketebalan: 347 m/s
Format: Softcover

Gelisah, risau, takut, putus asa.

Mengapa emosi sebegini yang selalu membekas dalam hati kita? Ia datang bersilih ganti, sama ada kita sedar ataupun tidak.

Kita mencuba bermacam-macam cara untuk keluar daripada rasa gelisah. Adakalanya ia menyembuhkan, namun adakalanya meninggalkan luka yang semakin mendalam.

Buku ini menawarkan teduhan buat mereka yang berasa gelisah. Bukan teduhan palsu, kerana di samping merungkai letak duduk kegelisahan dalam hati, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi turut menggariskan saranan-saranan bagi merawatnya.
 

Customer Reviews

Based on 5 reviews
80%
(4)
20%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
N
Nur Elvina (Goodreads)
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati

Buku Berteduh daripada Kegelisahan Hati ini saya sarankan kepada kita yang mahu mengawal hati sebelum ditawan oleh ketakutan, keresahan atau kegelisahan dalam menghadapi ujian-ujian. Bagaimana?

Penulis mengupas kenapa kita diuji dan pengurusan rasa takut sebagai asas mebghadapi ujian. Turut diterangkan, musuh sebenar yang menjerumuskan kita lembah ketakutan dan hilang pengharapan iaitu nafsu dan syaitan. Di bahagian akhir dimuatkan tips menguruskan kegelisahan yang sebenarnya berpunca daripada kita sendiri iaitu dengan menutup pintu maksiat, takabbur dan dengki.

N
Nur Fikri (Goodreads)
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati

Buku ini sangat membantu pembaca untuk sentiasa membuat koreksi diri sendiri supaya sedar akan kelekaan kita dengan dunia sampai leka dengan musuh utama kita, apakah punca hati kita gelisah, dan yang paling utama, kita punya 'ultimate goal' iaitu redha Allah.

Akhir sekali, aku tutup resensi buku pertama bagi tahun 2022 kali ini dengan kalam bicara Ustaz Pahrol,

"Kadangkala jalan lurus, tetapi kita berjalan tidak lurus. Puncanya, hati kita tidak telus."

F
Faridahyunos (Goodreads)
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati

Seperti biasa, ustaz patrol berjaya menulis buku yang betul betul buat saya berfikir. Gaya penulisan nya yang lembut dan santun, sangat saya suka. Walaupun dengan gaya santun, saya tetap tersentap dan buku ini banyak buat saya sedar tentang perkara yang saya ambil mudah sebelum n

1 Review
Berteduh Daripada Kegelisahan Hati By Pahrol Mohd Juoi
You have successfully subscribed!
This email has been registered