-5%
Zoom the image with mouse

Bergaji & Pokai: Membina Kehidupan Bebas Tekanan Melalui Pengurusan Kewangan Yang Realistik by Suraya Zainudin

230 In stock
RM28.50 RM30.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Suraya Zainudin
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2022
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459552
Bil. Muka surat: 230m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.26kg

Sinopsis

Fasa menjadi seorang dewasa adalah proses yang tidak pernah diajarkan oleh guru mahupun keluarga kita. Dari sekian banyak pelajaran yang tidak pernah diajarkan,, pengurusan kewangan antara yang paling kritikal kerana ia mempunyai impak yang besar kepada seluruh kehidupan jika tidak dikendali dengan baik.

Habis belajar, tiba-tiba terus terbeban dengan hutang pengajian. Pendapatan tak tentu ada, hutang yang ada. Menjadi dewasa bukan bermula dengan kosong, tetapi negatif. 

Nasihat-nasihat kewangan yang ada di sosial media pula memang ada yang membantu, tetapi kebanyakkan lebih banyak menjatuhkan motivasi. Seolah-olah, keadaan kita yang bermasalah dengan kewangan ini, semuanya berpunca dari sikap kita semata-mata. Tanpa mengambil kira cabaran dan keadaan ekonomi hari ini. 

Suraya dengan rasa empati cuba mendekati kelompok ini; memberik cadangan yang paling praktikal untuk diikuti. Dia faham benar keadaan ini kerana dia juga sama seperti dahulu. Mencari cara terbaik untuk menguruskan kewangan. 

Bahkan menariknya, perjalanan mencari cara terbaik itu didokumentarikan Suraya melalui websitenya Ringgit Oh Ringgit. Cara bagaimana yang menjadi, kaedah apa yang gagal, semuanya dikongsikan. 

Ini memberikan satu harapan kepada pembaca bahawa sebenarnya masih ada jalan untuk mengubah nasib. Walaupun tanpa bergantung harap kepada nasib semata-mata; tiba-tiba menang hadiah atau dapat duit harta pusaka.

Menemukan bahagia yang sederhana ketika menguruskan kewangan. Tidak semestinya kita mesti bergaji besar atau berniaga dengan untung berjuta-juta untuk menjadi bahagia.

Buku ini sesuai buat mereka yang:

  1. Rasa kecewa, frustrated & disempowered apabila tidak dapat bersedia untuk menjadi dewasa. Khususnya apabila ia melibatkan pengurusan kewangan. Tidak pernah dipelajari di sekolah, mahupun oleh keluarga. 
  2. Keliru dengan bahan & advices berkaitan pengurusan kewangan yang ada. Kebanyakan nasihat seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata. Bahkan ada ‘penasihat’ kewangan yang gagal berempati dengan nasib anak muda yang terpaksa berhadapan cabaran ekonomi hari ini. 
  3. Sedar pentingnya kedudukan kewangan yang stabil untuk menjalani kehidupan yang baik. Walaupun duit bukan segalanya, tetapi segalanya lebih mudah dengan adanya duit. Jika masalah kewangan gagal ditangani, ia akan memberi kesan kepada semua aspek kehidupan yang lain.

Tentang Penulis:

Suraya Zainuddin

Latarbelakang Pendidikan:

  1. KDU College, Malaysia - Diploma in Mass Communications (2008)
  2. University of Gloucestershire, UK - BA Hons Media Communications & Culture (2009)
  3. Universiti Putra Malaysia - Masters in Corporate Communications (2012)
  4. Financial Planning Association of Malaysia - Certified Financial Planner (2022) 

Pengalaman

Membangunkan laman web Ringgit Oh Ringgit yang memberi advokasi tentang pengurusan kewangan khusus untuk millennial (antara laman web pengurusan kewangan terbaik di Malaysia .

Berpengalaman luas sebagai konsultan komunikasi korporat :

  1. IWRAW Asia Pacific / Information & Communications Officer
  2. International Rescue Committee / Caseworker
  3. PT Foundation / Consultant Coordinator

Objektif buku:

  1. Belajar untuk memahami cara fikir yang tepat dalam menguruskan kewangan diri/keluarga. 
  2. Mengenalpasti kesilapan dan salah faham yang dilakukan apabila mengurus kewangan.
  3. Belajar memilih dan menentukan kaedah menguruskan kewangan yang paling sesuai dengan diri sendiri; mencipta peraturan kewangan sendiri.

Quotes Menarik:

Tiada istilah melabur untuk bayar hutang, atau melabur untuk besarkan tabung kecemasan dengan cepat. Ini bukan melabur namanya, ini berjudi.'

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
M
Muhammad Zulhilmi Jaffar
STARTER KIT UNTUK BINA PORTFOLIO KEWANGAN PERIBADI

Buku ini sesuai untuk semua individu yang ingin mulakan portfolio kewangan peribadi terutamanya anak-anak muda yang masih di universiti atau graduan yang ingin masuk ke alam pekerjaan. Bahasa yang digunakan adalah bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu berat untuk anak muda. Seolah penulis sedang bercerita dengan pembaca.

F
Fazanina binti Zainal Abidin

Buku yang ringkas dan mudah untuk difahami bagi orang yang baru hendak memahami cara-cara membuat perbelanjaan dan simpanan.

Bergaji & Pokai: Membina Kehidupan Bebas Tekanan Melalui Pengurusan Kewangan Yang Realistik by Suraya Zainudin
You have successfully subscribed!
This email has been registered