-5%
Zoom the image with mouse

Adakah Ini Yang Terbaik? Memahami Seni Berinteraksi dengan Tuhan Melalui Istikharah by Nazrin Nashir

263 In stock
RM33.25 RM35.00
customers are viewing this product

Istimewa buat 500 pembeli yang terawal buku Adakah Ini Yang Terbaik, anda akan dapat:

  • Senaskhah buku Adakah Ini Yang Terbaik?
  • Bookmark Adakah Ini Yang Terbaik?

--

Penulis: Nazrin Nashir
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297665009
Bil. Muka surat: 254 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35.00
Berat: 0.2kg

Sinopsis

“Aku tak tahulah nak pilih yang mana. Semua macam okey je.”
“Betul ke ini keputusan yang aku patut buat?”

Dalam satu hari, kita dihadapkan dengan seribu satu pilihan. Masa pula bergerak laju, bagaikan mendesak kita untuk membuat keputusan serta-merta.

Semua ikhtiar kita lakukan—bertanya rakan dan pakar, juga merujuk artikel—agar tidak salah memilih. Namun, apabila usaha tidak berhasil, kita bingung.

Apa yang silap?

Mungkin, sewaktu kita mencari bantuan daripada orang lain, kita terlupa bahawa tiada pun yang lebih mengetahui apa yang terbaik selain Allah SWT. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, maksudnya;

“Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah. Jika engkau hendak memohon pertolongan,mohonlah pertolongan kepada Allah.”

Menerusi buku ini, Nazrin Nashir melakar semula peranan dan makna istikharah;dalam kehidupan yang dipenuhi perkara memeningkan fikiran dan merunsingkan jiwa. Tatkala kita lemas dalam lautan pilihan yang tidak pernah habis, istikharah muncul sebagai rahmat dan penyuluh jalan daripada Tuhan.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Adakah Ini Yang Terbaik? Memahami Seni Berinteraksi dengan Tuhan Melalui Istikharah by Nazrin Nashir
You have successfully subscribed!
This email has been registered