Tentang IMAN
5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI IMAN SHOPPE
1) Bermula pada tahun 2012 secara ‘online’ dan bercita-cita untuk menjadi sebuah jenama kedai buku Islamik kontemporari yang terunggul di Malaysia menjelang 2025! Doakan kami.
2) Pasukan kami bermula dengan 4 orang dan kini sudah membesar bagaikan juara menjadi 17 orang! More to go! InsyaAllah!
3) Background pasukan kami terdiri daripada engineering, business dan syari’ah.
4) Iman Shoppe juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh dunia! (Jangan minta kami hantar ke angkasa lepas sudah!)
5) Iman Shoppe telah membuka mempunyai dua cawangan kedai di Serdang, Selangor dan juga Wangsa Melawati, KL. Pada 27 Disember 2016, cawangan Iman Shoppe di Wangsa Melawati sudah TUTUP.
Cita-cita besar kami ingin membuka cawangan di setiap negeri di Malaysia dan juga di luar negara – London,UK dan Sydney, Australia. Doakan!
Dengan membawa motto, #ObsesikuBuku – kami percaya dengan kuasa membaca buku mampu mengubah dunia!
Our Vision Statement: “People Subscribe to Good Content
Our Mission Statement: “Through Customer Driven approach, To Create Great Content and Deliver It”
5 KEJAYAAN IMAN PUBLICATION SEPANJANG 5 TAHUN DI DUNIA PENERBITAN
Iman Publication menerbitkan bahan bacaan yang santai disamping membina dan membentuk generasi Ahsanu Taqwim melalui peradaban ilmu. Antara barisan penulis dan buku hebat yang kami berjaya terbitkan adalah Arkitek Jalanan, Pelukis Jalanan, Hiatus, Esc., Hidup Yang Aku Pilih dan banyak lagi!
'PELUKIS JALANAN' oleh Teme Abdullah
- Pemenang Kategori Bukan Fiksyen (Anugerah Pilihan Pembaca 2017)
- Pemenang Emas (Anugerah Kulit Buku Cantik 2018 @ PBAKL2018)
'TALES OF MOTHERS' by Raudah Yunus
- 2nd Place Non-Fiction Category (Reader's Choice Award 2017)
'ARKITEK JALANAN' oleh Teme Abdullah
- Winner for Best Malay Non-Fiction (MPH Best of 2018)
- Buku Umum Terbaik Kategori Travelog (Anugerah Buku Negara 2018)