Penulis: Syaari Ab Rahman
Penerbit: Paradigma Ibrah
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299504887
Bil. Muka surat: 115m/s
Format: Paperback
Harga: RM35
Berat: 0.2kg
Sinopsis
Dalam dunia yang sering membuat kita jatuh dan hilang arah, Ayatul Kursi hadir sebagai pelindung, penyembuh, dan pengingat bahawa kita tidak pernah bersendirian. Melalui tadabbur yang lembut dan penuh harapan, buku ini menghuraikan makna sembilan frasa ayat ini secara praktikal iaitu bagaimana ayat ini merawat ketakutan, menenangkan kegelisahan, membina ketahanan rohani serta mengembalikan keyakinan kepada Tuhan Yang Maha Hidup dan Maha Mengurus.