Zoom the image with mouse

Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama By Teme Abdullah

82 In stock
RM30.00
customers are viewing this product

Penulis: Teme Abdullah
Penerbit: Iman Publication
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil. Muka surat: 320m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.4kg

Sinopsis

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

Hidupnya berubah dari saat itu.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Customer Review

Dapatkan versi ebook di Google Play.

Customer Reviews

Based on 44 reviews
100%
(44)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
A
A.N.
Purnama Strain I

Masyaallah. Rasa stress ya baca buku ni haha.
Bukan stress sebab tak best ya, tapi sebab plot cerita yang cuba disampaikan Teme banyak bermain dengan emosi saya. Ffuh, rasa geram gila dengan certain watak yang cuba mempergunakan Latif Purnama. Rasa nak nangis pun ada bila baca ni. Tapi, kena sabarrrr.

And, I think objektif Teme untuk memberi kefahaman tentang isu kesihatan mental dalam kalangan artis tercapai dengan jayanya. Bila baca ni, sedikit demi sedikit kita boleh faham, apa yang maybe pernah dialami oleh artis² di dalam or luar negara. Nampak je, kehidupan mereka macam best disebabkan populariti yang mereka telah capai, tetapi kita sebagai fans pun tak pernah tau disebalik tabir populariti mereka tu.

Wahhh, buku ni sangat memberi kesan kepada saya. And, penulisan Teme Abdullah tak pernah mengecewakan!

N
N.A.H.
Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama

Selamat Tinggal Purnama adalah buku genre Fiksyen kedua Teme selepas Empayar.

Teme adalah seorang yang selalu think out of the box. Dia punyai imaginasi yang tinggi untuk hidupkan watak dan suasana dalam penceritaan ni. Syabas Teme. Sebab saya seorang visual jadi bila baca buku ni saya dapat bayangkan keadaan tu ikut imaginasi saya sendiri .😃✌🏻

Dalam strain pertama ni ia mengisahkan tentang persahabatan watak utama, Latif Purnama (penyanyi) dan 4 orang lagi sahabatnya iaitu Doktor Adda , Eric (pegawai kerajaan), Musa (pilot) & Omar (pegawai perubaatan & penyanyi part time).

Dalam ni saya dapat lihat kehidupan seorang penyanyi macam zaman sekarang. Tapi Latif dipergunakan oleh syarikat rakaman dia utk mengaut untung syarikat sahaja. Pengarah Mawar Record, Sinar Mawar tak pernah cuba untuk faham apa yang dihadapi oleh artisnya, yang dia tahu keuntungan syarikatnya semata-mata.

Tapi ada 1 part yang saya suka masa press conference sebelum konsert Latif Purnama ni masa wartawan kira jumlah kredit yang sepatutnya Latif dapat. Tak senang duduk si Mawar tu.. hahaha 🤣 takut rahsia terbongkar la tu. Padan muka dia.

Sampai la 1 part kebenaran Omar terbongkar tapi cerita tu baru diketahui oleh Latif dan juga seorang wartawan yang bernama Shelby. Ia masih belum mendedahkan kebenaran itu.

Lagi satu situasi yang dapat dikaitkan dengan situasi semasa sekarang adalah, seorang penyanyi terkenal ada peminat fanatik yang sanggup bunuh diri sebab terlalu kecewa bila dapat tau penyanyi tu dah kahwin. In real life, ada berlaku kan. It's a part of mental illness yg ada pada seseorang bila berlakunya depression yang melampau. Lebih kurang sama situasi dalam pandemik ni, seseorang depression sebab rasa macam dah takde harapan untuk hidup. Semoga dijauhkan daripada kita semua.

Tapi part sedih dalam ni Latif & isterinya kehilangan anak mereka. 😥 🥺

Nak tau kenapa semua ni terjadi , baca lah buku #STP Strain Pertama ni. 😉 Korang akan lebih faham apa yang berlaku nanti.

Tahniah Teme berjaya buat pembaca rasa macam2 perasaan.

Quote in the 📚,
"Musuh yang jujur adalah jauh lebih bagus daripada sahabat yang berdusta dan berpura-pura". Nak tau ayat ni ditujukan untuk siapa bacalah #STPS1 ni. Happy reading gaiss ✌🏻😃

S
Siti Hajar
Selamat tinggal purnama:strain pertama

Worth to read it.. really love with the plot, it's awesome as expected

Selamat Tinggal Purnama Strain Pertama By Teme Abdullah
You have successfully subscribed!
This email has been registered