Adik-beradik Gaza: Rahsia Hadiah Hebat Daripada Haifa Yang Tidak Berbakat
Penulis: IF Moses & Arsyari Adnan & Reja
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297665580
Bil. Muka surat: 110m/s
Format: Paperback
Harga: RM12.00
Berat: 0.2kg
Sinopsis:
Haifa mahu mengadakan surprise-party buat adiknya, Jinin, kerana telah berjaya menjadi seorang doktor. Semua orang ada tugas masing-masing - Ramallah memasak, Jaffa menulis puisi, Tulkarm mengambil gambar, manakala Beersheba melukis hiasan. Namun, Haifa pula ... langsung tak ada bakat!
Puas Haifa memikirkan apa yang patut dia sediakan, sehinggalah dia mendapat satu idea. Dia mahu menghadiahkan sehelai thobe; pakaian tradisi Palestin idaman Jinin!
“Alamak, thobe yang Jinin suka tu dah ada orang beli? Aduh, macam mana ni?”
“Kedai kami ada jual kain juga. Apa kata awak jahit thobe tu sendiri?”
Haifa risau. Dia sudahlah tidak pernah menjahit seumur hidupnya! Namun, thobe itu sangat penting untuk Jinin. Setiap kali Haifa mencuba, semuanya tidak menjadi.
"Kak Haifa, ini bukan corak bunga. Ini kumbang! Aaaaa!"
Mampukah Haifa menyiapkan sehelai thobe yang sempurna sebelum parti Jinin bermula?