Soal Jodoh & Taaruf: Bagaimana Mencari & Menentukan Pasangan Hidup Yang Sekufu by Aiman Azlan
Penulis: Aiman Azlan
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Melayu
ISBN: 9786299628552
Bil. Muka surat: 206 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35
Berat: 0.3kg
Sinopsis
Apabila bercakap tentang jodoh dan kahwin, pelbagai persoalan berlegar dalam kepala.
'Di mana aku nak cari orangnya?'
'Calon macam mana yang aku kena cari?'
'Serasi ke dia dengan aku? Macam tak ada benda yang sama pun.'
'Betul ke dia jodoh aku? Macam mana kalau akhirnya tak jadi?'
Setiap fasa – bermula daripada mencari, kepada berjumpa calon, dan akhirnya membuat persiapan untuk melalui hari pernikahan – dilalui dengan rasa risau terhadap perkara yang tidak pasti.
Perihal jodoh ini sebenarnya amat sulit. Pun begitu, kita tetap berfikir tentangnya – kerana kita semua ada keinginan untuk berpasangan. Cumanya, ramai antara kita tidak tahu hendak mula dari mana.
Menerusi Soal Jodoh & Taaruf, Aiman Azlan yang merupakan kaunselor perkahwinan dan seorang Taaruf Coach memperkenalkan 5 Fasa yang praktikal sebagai panduan menuju ke gerbang perkahwinan.
Buku ini dibawa dengan teliti dan jujur agar perjalanan istimewa dapat dilalui dengan lebih yakin dan tenang – di penghujungnya, semoga dijanjikan kebahagiaan sehingga usia tua.
***
“Kita harus melihat perjalanan mencari jodoh itu dengan lensa baharu – di mana berkahwin bukannya tentang sempurna, tetapi tentang sedar dan sedia.”
Buku ini tentang apa?
Buku ini merupakan panduan komprehensif yang dirangka khusus untuk membantu anak muda melangkah ke alam perkahwinan dengan lebih yakin, matang, dan terarah, melalui lima fasa utama bermula daripada membetulkan niat, mempersiapkan diri secara holistik, mencari pasangan dengan cara yang terhormat, menjalani proses taaruf secara berprinsip, sehinggalah mengurus fasa pertunangan dengan bijaksana.
Ia merupakan framework yang dirangka oleh penulis berdasarkan pengalaman luas sebagai kaunselor, bagi memastikan setiap langkah yang digariskan selaras dengan nilai-nilai Islam dan mampu membimbing pembaca bersedia menghadapi cabaran sebenar dalam kehidupan rumah tangga.
Apa yang anda akan dapat daripada buku ini?
-
Membantu pembaca memahami bahawa perkahwinan bukan destinasi, tetapi permulaan perjalanan hidup yang menuntut ilmu, persediaan dan kematangan.
-
Menyediakan framework 5 fasa (Niat → Sedia → Cari → Taaruf → Tunang) untuk mereka membuat keputusan besar dengan yakin dan terarah.
-
"Buku ini bukan sekadar teori, ia adalah Roadmap 5 Fasa:"
-
Fasa Mencari: Strategi mencari calon tanpa membelakangi syariat.
-
Fasa Mengenal: Apa nak tanya? Apa nak perhati?
-
Fasa Menilai: Cara tentukan dia 'The One' atau bukan.
-
Fasa Menentu: Melibatkan keluarga dan membuat keputusan.
-
Fasa Menuju: Persediaan mental sebelum akad nikah.
-
Menjawab keresahan ramai anak muda tentang persediaan, kesesuaian calon, dan cara mengelakkan kesilapan yang boleh merosakkan diri & pasangan.
-
Mengajak pembaca memandang perkahwinan sebagai amanah, bukan sekadar impian romantik atau penyelesaian masalah.
-
Menyediakan panduan praktikal dan reflektif supaya mereka dapat melangkah dengan prinsip, bukan sekadar perasaan.
Siapa perlu dapatkan buku ini?
"Adakah anda sedang berada dalam situasi ini?"
-
Dah sedia nak kahwin, tapi tak tahu nak mula kat mana?
-
Ragu-ragu adakah calon sekarang benar-benar 'sekufu'?
-
Takut fasa taaruf berakhir dengan kegagalan?
-
Bingung nak tanya soalan apa masa berjumpa calon?
Buku Bestseller IMAN sepanjang 2025 & evergreen sehingga sekarang.
Kelebihan buku ini:
-
Ditulis oleh Pakar: Aiman Azlan bukan sekadar penulis, beliau adalah Taaruf Coach berpengalaman.
-
Bahasa Santai: Mudah difahami, tidak terlalu berat, tapi menusuk kalbu.
-
Praktikal: Ada tips 'actionable' yang anda boleh terus buat hari ini.