Penulis: Aidil Ghazali
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459651
Bil. Muka surat:339m/s
Format: Paperback
Harga: RM30.00
Berat: 0.35kg
Sinopsis
Intan sedar diri sikit boleh? Fikir panjang. Kalau tak kahwin, siapa nak jaga Intan? Intan kan ....
Saya ni kenapa, mak jerit Intan, tangannya menggigil.
***
Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu.
Ketika Intan sudah pasrah, ibunya pula beria-ia mengatur agar Intan berkahwin dengan calon pilihan. Meskipun berkali-kali Intan menolak, ibunya tetap berkeras dengan keputusan tersebut.
Takkan mak nak aniaya awak? Salah ke kalau seorang ibu mahukan anaknya bahagia?
Hati Intan luluh berkecai apabila ibunya mula bertindak melampaui batas. Bagi ibunya, semua demi kebaikan Intan. Namun bagi Intan, cukuplah sekali hatinya disakiti.
Andai Intan membuka lagi hatinya untuk meraih kebahagiaan yang diimpikan, mampukah harapan ini mekar, atau dirinya akan kecewa buat kesekian kali?
Quotes menarik dalam buku:
"Tuhan menguji bukan kerana benci, tetapi kerana sayang."
"Orang pandai belajar daripada pengalaman sendiri, tapi orang yang bijaksana belajar daripada pengalaman orang lain."
"Seperti hidup, kopi menyimpan kisah dan cerita. Hitam tidak selalu kotor, pahit tidak semestinya sedih."