Judul: Lebih Baik Pendam Saja
Penulis: Mimie Rahman & Syahira Hozami
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297665634
Bil. Muka surat: 243 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35
Berat: 0.2kg
Sinopsis:
“Aku tak okey, tapi aku kena okey.”
Mungkin kita pernah melalui saat-saat di mana, apabila kita cuba berkongsi perasaan, realitinya hanya respons sebegini yang diterima;
“Orang lain pun ada masalah. Hidup orang lain lagi susah.”
"Ala, kau sabarlah sikit. Nanti okeylah tu."
Sudahnya, kita pilih untuk memendam saja semua yang kita rasa.
Sedih? Senyum saja. Penat? Jangan tunjuk. Kecewa? Telan dan jalan terus.
Sehinggalah tiba satu waktu, emosi yang dipendam membuak-buak sampai ingin meletup. Ketika itu, kita sendiri keliru. Apakah perasaan berat yang dirasai ini?
Kita hendak meluah, tetapi setelah sekian lama memendam, bagaimana hendak mula?
Melalui buku ini, para penulis membawa kita mengikuti perjalanan Elina; seorang yang telah lama memendam perasaan sehingga menyakiti diri sendiri — akhirnya sedar bahawa meluahkan perasaan bukanlah petanda kita lemah, tetapi satu langkah yang menyembuhkan. Walau apa pun jua yang anda alami, tidak mengapa untuk meluahkan. Tidak mengapa untuk memerlukan bantuan. Tidak mengapa untuk merasai perasaan sendiri.