Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN : 9786299628583
Bil Muka Surat: 266 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35
Sinopsis
Di tengah kepesatan maklumat dan kebangkitan kecerdasan buatan (AI), manusia hari ini mendapati diri mereka terperangkap dalam satu paradoks: kita memiliki segalanya untuk tahu, namun kehilangan upaya untuk memahami.Â
Apabila setiap isu menjadi medan perdebatan tanpa sempadan, suara kebenaran sering kali tenggelam dalam naratif yang bercanggah dengan fitrah dan moral masyarakat. Di manakah letaknya kebenaran? Mengapa manusia semakin mahir berkata-kata, namun semakin hilang ketertiban dan adab dalam berfikir?Â
Iqra', sebuah seruan sejak 1,400 tahun lalu, mengajak kita kembali kepada bukan sekadar pembacaan, tetapi sebuah metodologi fikir yang memulihkan kecelaruan minda. Inilah jalan menuju ilmu rushda; ilmu yang bukan sekadar mengisi kepala, tetapi menyuluh jalan pulang menuju kebenaran, keseimbangan, dan kemanusiaan yang kian pudar.
*Â
Hasrizal Abdul Jamil adalah pendidik dan pemikir reformis dengan lebih 30 tahun pengalaman mengemudi wacana pemikiran Islam serta pembangunan sahsiah. Berlatarbelakangkan bidang Syariah dari Universiti Mu'tah, Jordan serta Pendidikan Inklusif dari Trinity College Dublin, Â beliau kini giat meneroka dampak Kecerdasan Buatan (AI) terhadap kemanusiaan.
Baca bab Percuma di sini: https://issuu.com/imanpublication/docs/bab_contoh_iqra_oleh_hasrizal_abd_jamil