Panduan Praktikal Penyusuan Bayi: Teknik, Tip & Sokongan Lengkap Untuk Penyusuan Bayi 0 Hingga 2 tahun
Penulis: Nad Masrom
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Malaysia
ISBN: 9786299470915
Bil. Muka surat: 200
Format: Paperback
Harga: RM48
Berat: 0.5kg
Sinopsis:
'Menyusu Itu Fitrah, Tapi Ilmu Itu Amanah.'
Banyak ibu kecundang di awal perjalanan penyusuan bukan kerana tiada susu, tetapi kerana tiada ilmu dan sokongan yang betul. Adakah anda sering bimbang susu tidak cukup? Atau keliru dengan mitos 'susu cair' vs 'susu pekat'?
Buku PENYUSUAN nukilan pakar laktasi terkenal, Nad Masrom, hadir sebagai teman setia (breastfeeding buddy) untuk setiap ibu. Dari fasa mengandung sehingga saat bayi bercerai susu, buku ini membongkar rahsia sains penyusuan dengan bahasa yang paling mudah difahami.
Ramai ibu menyangka bahawa penyusuan itu mudah, sehinggalah mereka mengalaminya sendiri; lekapan salah, bengkak susu, kuantiti susu merosot & keletihan yang tidak ada penghujungnya. Benarkah menyusukan anak itu perlu berasa sakit? Apabila ibu itu sakit, perlukah diaberhenti daripada menyusukan anak?
Buku Panduan Praktikal Penyusuan Bayi ini hadir bagi menjawab persoalan-persoalan
tersebut serta menyokong perjalanan penyusuan para ibu, dengan berpandukan ilmu
laktasi dalam bahasa dan grafik yang mudah difahami.
...
Antara yang anda akan belajar:
Teknik latching yang betul untuk penyusuan yang berkesan
Posisi penyusuan: Cara paling selesa untuk menyusukan bayi
Mitos - mitos yang mengganggu perjalanan penyusuan
Troubleshooting: Masalah penyusuan yang biasa berlaku dan cara mengatasinya
Panduan penyusuan fasa demi fasa, dari hari pertama bayi hingga umur 2 tahun
...
Nad Masrom merupakan seorang kaunselor laktasi bertauliah di bawah Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan lebih sembilan tahun pengalaman, ribuan sesi kaunseling individu, dan aktif sebagai penceramah jemputan dalam bidang penyusuan susu ibu.
Kenapa Ibu Wajib Memiliki Buku Ini?
✅ Kupasan Anatomi & Hormon: Fahami bagaimana 'kilang' susu anda bekerja. Tahu tak, payudara mula hasilkan kolostrum seawal 16 minggu kehamilan?
✅ Teknik & Posisi Anti-Sakit: Belajar pelbagai posisi seperti Cradle Hold, Football Hold, hingga ke Side-Lying untuk penyusuan malam yang lebih tenang.
✅ Rahsia Lekapan (Latch) Sempurna: Panduan bergambar langkah demi langkah untuk elakkan puting luka dan pastikan bayi kenyang dengan efisien.
✅ Manipulasi 'Demand & Supply': Fahami analogi 'Kedai Roti' untuk pastikan bekalan susu sentiasa mencukupi tanpa perlu bergantung pada suplemen semata-mata.
✅ Pengurusan Susu Perahan (EBM) Tahap Pro: Belajar Sistem 4S (Slim, Stack, Slot, Size) untuk uruskan stok susu dalam freezer supaya kualiti antibodi tetap terjaga.
✅ Teknik Marmet & Power Pumping: Panduan manual memerah susu ketika kecemasan dan teknik 'booster' bekalan susu yang terbukti secara sains.
Apa Yang Menarik Di Dalam?
Infografik Berwarna: Visual anatomi, saiz perut bayi, dan carta warna susu yang memudahkan pemahaman pantas.
Analogi Mudah: Menggunakan contoh harian seperti 'Santan Segar' untuk menjelaskan perbezaan Foremilk dan Hindmilk.
Nota Anti-Mitos: Membetulkan salah faham tentang air sejuk, makanan pedas, dan kafein terhadap kualiti susu badan.
Free Merchandise: Eksklusif merchandise secara percuma untuk pembelian terawal.
Sesuai Untuk:
-
Ibu hamil yang sedang membuat persiapan (nesting).
-
Ibu berpantang yang menghadapi masalah lekapan atau susu merosot.
-
Ibu bekerjaya yang ingin membina stok susu (Milk Storage).
-
Hadiah bermakna buat isteri, rakan, atau ahli keluarga.
Jangan biarkan perjalanan penyusuan anda penuh dengan tekanan. Dapatkan buku PENYUSUAN hari ini dan nikmati momen indah bersama si manja dengan penuh keyakinan!
Spesifikasi Ringkas:
Penulis: Nad Masrom
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbit: April 2026
Format: Panduan Bergambar & Berwarna.