Catatan Hidup Seorang Perempuan Yang Hampir Berputus Asa
Penulis: Arlina Arshad
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Malaysia
ISBN: 9786299470960
Bil. Muka Surat: 178 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35
Berat:
Sinopsis:
Saya tidak izinkan diri saya untuk merasai kesakitan. Setiap sakit yang saya rasa, saya salurkan dengan mengalih perhatian.
Apabila kita cuba bertahan dengan kehidupan, ada hari yang kita mahu mengalah, mengharap agar semuanya berhenti. Penat, apabila asyik bersaing untuk 'menang' dalam kehidupan.
Tetapi, jauh di dalam hati, ada masa kita berharap untuk mendapat percubaan kedua dalam kehidupan.
Bagi Arlina Arshad, ia hadir ketika dia diserang aneurisma otak yang hanya berjarak 1.8 mm daripada kematian.
Dalam kesunyian fasa pemulihan, Arlina terpaksa bertemu dengan satu-satunya perkara yang selama ini cuba dielakkan: Kesakitan dalam dirinya sendiri.
Buku ini merupakan sebuah himpunan esei reflektif yang disulami ilustrasi penuh emosi, untuk membawa kita menyelami persoalan peribadi tentang kehidupan mengenai:
-
Rasa Jauh Ketinggalan Berbanding Orang Lain
-
Rasa Sakit Menjadi yang Tidak Terpilih
-
Bagaimana untuk Duduk dengan Sakit
-
Bagaimana untuk Berhenti Menyalahkan Diri
-
Bagaimana Memaafkan Diri yang Pernah Tersilap Jalan
Ditulis dengan gaya bahasa kasual disulami sentuhan dark humour, Arlina mengajak kita untuk duduk bersama kesakitan demi menemui makna di sebalik luka dan rasa putus asa.
***
Jarang sekali saya duduk dengan diri sendiri dan berkata,
'Awak sedang sakit. Awak masih terkesan dengan hal ini.'