12 Teknik Menangani Ledakan Emosi Anak Obses Skrin
Penulis: Adlil Rajiah
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299470953
Bil. Muka Surat: 314 m/s314314
Format: Paperback
Harga: RM 35
Berat: 0.5 kg
Sinopsis:
Kenapa panggil anak 10 kali pun, tak dapat respons?
Kenapa bila ingin membina connection bersama anak, ibu rasa seperti bercakap dengan tembok?
Kenapa anak lebih percaya kata-kata content creator daripada ayah sendiri?
Sering kali ibu ayah berasa buntu kerana tidak pasti di mana silapnya dalam mendidik anak. Namun hakikatnya, menjadi ibu bapa kepada generasi baharu tidak sama caranya dengan gaya parenting zaman dahulu.
'Dunia skrin' kini direka demi memastikan mata anak-anak terus 'terpaku' pada gajet. Buat pertama kalinya, ibu bapa hari ini bersaing sengit untuk mendapatkan perhatian dan kepercayaan anak, membina hubungan bermakna, dan benar-benar memberi pengaruh terbaik buat anak-anak mereka.
Melalui penyampaian santai, terapis keibubapaan Adlil Rajiah mengupas 12 teknik praktikal untuk membantu para ibu bapa keluar daripada kebuntuan ini sekali gus menyelesaikan konflik parenting zaman digital.