Kairos: Takhta Milik Aku by AisyahRos
Kairos: Takhta Milik Aku
Penulis: AisyahRos
Penerbit: In Loaf Publication
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299626725
Bil. Muka surat: 388m/s
Format: Paperback
Harga: RM40
Berat: 0.4kg
Sinopsis
Tuanku Arzel, digelar Kairos—Jeneral Agung yang dingin, tajam dan digeruni musuh. Namun jauh di sudut hati, persoalan tentang ajaran Dewi Athenna mula merobek jiwanya. Keraguan itu bukan sekadar mencabar kepercayaannya, tetapi juga menggoncang kedudukannya di istana.
Pertemuan dengan Azara, gadis marhaen yang berani dan penuh rahsia, memberi kehangatan yang tidak pernah dirasai. Tetapi ketika takhta tiba-tiba beralih ke tangannya selepas kemangkatan Raja Raphello, Tuanku Arzel berdepan pertarungan yang lebih berat daripada peperangan; antara akur dengan tradisi atau mencari kebenaran tentang Tuhan yang sebenar.
“Aku harap aku boleh memeluk ajaran itu tanpa nyawa aku diancam.” —Tuanku Arzel
'Semoga aku juga boleh ada bersama-sama dengan kau waktu itu … Kai.' —Azara
Apabila identiti Tuanku Arzel terbongkar, Azara terhimpit dalam dilema—mampukah hubungan seorang rakyat bawahan bertahan di sisi pewaris takhta Adoria?
Sedang pemberontakan mula menggugat empayar, mampukah seorang raja memilih jiwa dan kebenaran, tanpa mengorbankan takhta?