Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun Terbitan: 2025
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297561523
Genre: Fiksyen
Format: Paperback
Harga: RM45.00
Berat: 0.35kg
Sinopsis
Di Sini Singgah Untuk Pindahadalah untaian catatan hati Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di persinggahan fana. Naskhah ini bukan sekadar tinta di atas kertas, tetapi titisan jiwa yang merintih dan mencari makna dalam setiap ujian lalu menyulam harapan dalam kepedihan.
Setiap helaian naskhah ini adalah bisikan hikmah - tentang luka yang mengajar, derita yang mendidik, takdir yang sering kita persoalkan, namun sebenarnya mendekatkan. Dalam perjalanan menuju destinasi abadi, kita semua adalah pengembara yang singgah sebentar, sebelum akhirnya berpindah ke alam yang kekal.
Jika hari ini engkau masih bertatih, jangan gentar. Jika hatimu pernah rapuh, jangan menyerah. Di sini ada cahaya yang menyuluh dan suara yang membisik lembut: teruslah melangkah, kerana di hujungnya ada pertemuan yang paling indah.