-10%
Zoom the image with mouse

Keluarga Baru Aichan: Misi Mengenal Islam - Puasa by Aminimint & Aman Wan

94 In stock
RM10.80 RM12.00
customers are viewing this product

Penulis: Aman Wan
Pelukis: Aminimint
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459811
Bil. Muka surat: 108 m/s
Format: Paperback
Harga: RM12.00
Berat: 0.1kg

Sinopsis

Sebulan dengan keluarga baru, Aichan mula selesa dan bersemangat untuk belajar tentang Islam daripada Papa dan Mama, terutamanya kakak tiri Aichan, Sarah. Ditambah pula dengan Ramadan yang semakin dekat, Sarah sangat bersemangat untuk berkongsi tentang Islam.Maka,Aichan pun terikut untuk berpuasa sekali buat kali pertama dalam hidupnya.

“Aichan suka Sarah... tapi Sarah ni terlalu cerewetlah!”kata Aichan memprotes.

Semua kesalahan yang Aichan buat dalam solat atau puasa, pasti akan diberitahu. Terkeluar rambut sikit...“Dear Aichan~ No, no, no~”Terselak kain telekung...“Dear Aichan~ No, no, no~”Ambil wuduk tak sempurna...“Dear Aichan~ No, no, no~”

Papa kata, ibadah ini mudah, tetapi kenapa semua yang dilakukan Aichan sentiasa salah?

Mampukah Aichan terus bersabar untuk belajar tentang Islam?

Komik Aichan mengisahkan seorang gadis cilik yang baru mempelajari Islam daripada keluarga barunya. Dalam buku ini, Aichan akan pelajari tentang puasa, adab menegur dan bersabar.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Keluarga Baru Aichan: Misi Mengenal Islam - Puasa by Aminimint & Aman Wan
You have successfully subscribed!
This email has been registered