Buku yang terkandung dalam kombo ini:
-
Kapal Terakhir Di Dunia Episod I
-
Kapal Terakhir Di Dunia Episod II
-
Kapal Terakhir Di Dunia Episod III
Sinopsi:
Bokor, nama kapal besi yang dicipta oleh manusia sebagai persediaan menghadapi bencana hujan tahi bintang yang bakal menghentam bumi. Bencana yang memusnahkan hampir keseluruhan bumi dan isinya. Tsunami yang terhasil telah menenggelamkan bandar-bandar utama. Debu-debu ledakan tahi bintang memenuhi atmosfera sehingga menutup cahaya dan haba matahari daripada tembus. Suhu bumi turun mendadak. Virus-virus baru muncul dan bermutasi. Menjadikan bumi bukan lagi sebuah planet yang ideal sebagai habitat. Hanya hidupan yang kuat pertahanannya sahaja yang masih tidak pupus.
Manusia yang bertarung dengan kepupusan masih berlindung di dalam Bokor ciptaan mereka 571 tahun dahulu. Terapung di tengah-tengah lautan dalam. Terasing daripada ancaman jangkitan dari dunia luar lebih-lebih lagi virus yang akan menukarkan mereka menjadi mugor: spesis manusia yang sudah bermutasi sehingga hilang sifat kemanusiaannya. Menjadi ganas, kebinatangan, dan memburu manusia lain. Mugor hidup bebas di muka bumi.
Walaupun berlindung di Bokor dan terpisah daripada bahaya luar, majoriti manusia di Bokor telah dijangkiti penyakit yang masih belum boleh dipulihkan secara keseluruhannya. Masih tidak kecukupan penawar walaupun sudah ratusan tahun berlalu sejak malapetaka. Manusia-manusia yang dijangkiti dikuarantin ke dalam tiga sektor berbeza di dalam Bokor mengikut jenis penyakit masing-masing. Sektor Biru, Sektor Kuning, dan Sektor Hijau.
Ini kisah Aria. Remaja belasan tahun dari Sektor Biru yang berusaha untuk menyembuhkan penyakit adiknya yang lebih dahsyat berbanding dengan manusia yang lain di sektornya.
Dapatkan sekarang Kombo Kapal Terakhir 1 - 3 dengan harga promosi RM80.00 sahaja! Jimat RM10.00 daripada harga asal RM90.00!