Operasi Memikat Hati Bakal Mentua by Aman Wan
Penulis: Aman Wan
Penerbit: IMAN Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN : 9786299465133
Bil Muka Surat: 405 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35
Sinopsis
“Kau ni dah kenapa? Sanitise parcel ke sembur jin? Kalau orang hantar ikan kering, silap-silap boleh hidup balik ikan kena spray macam tu.”
“Prevention is better than cure!”
Pantang Hayyan jumpa Deena, mesti perang mulut. Tetapi demi Deena, hari-hari pun dia sanggup turun naik tangga asrama jururawat itu. Setelah setahun lebih jadi “abang kurier”, akhirnya hidup Hayyan yang sunyi mula rasa terisi.
Namun dia takut dan malu. Macam mana kalau Deena tak suka dia pun?
Suatu hari, Deena nyatakan hasrat untuk carikan housemate buat ayahnya sementara mencari rumah sewa baharu. Setelah kematian emak, ayah Deena duduk sendiri saja di kampung.
“Mungkin ini jalan yang Tuhan nak bagi untuk aku,” fikir Hayyan.
Hayyan tanpa lengah terus bersetuju kerana inilah satu-satunya peluang memikat Deena – bukan, memikat bakal mentua!
Cuma, sehari dua, dia boleh lagi tahan. Lama-kelamaan, sikap Pak Daus yang degil dan perongos itu makin menjengkelkan.
Mampukah Hayyan bertahan dengan Pak Daus supaya terbuka menerimanya? Atau mungkinkah susunan takdir berbeza untuk Hayyan dan Deena akhirnya?
Baca bab Percuma di sini: https://issuu.com/imanpublication/docs/operasi_mengambil_hati_bakal_mentua
1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.
2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.
3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.
4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.
Polisi Penghantaran:
1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).
2. Untuk item pra tempah seperti Box Set T Planner 2026, T Planner 2026, Tear-Off Calendar dan Book Badge akan mula dihantar bermula 5 Disember hingga 31 Disember 2025 secara berperingkat.
3. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.
4. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.
5. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group
Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel
1. Sebarang aduan seperti berikut:
i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce
Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.
Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.
2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.
3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.
PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.