Suspek Tanpa Jejak: Sebuah Novel Thriller by Fitri Hussin
Penulis: Fitri Hussin
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2026
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786299217954
Bil. Muka surat: 541pp
Format: Paperback
Harga: RM35
Berat: 0.5kg
Sinopsis
4 PENCULIKAN. 4 PEMBUNUHAN. 4 SUSPEK.
Empat remaja hilang tanpa jejak. Tiada permintaan wang tebusan, tiada saksi, tiada petunjuk.
Lebih menakutkan, selepas bertahun-tahun hilang, mereka muncul seorang demi seorang tanpa sebarang luka dengan memori yang terpadam, menutup ruang untuk meneruskan penyiasatan. Kes terpaksa ditutup. Empat remaja itu pula kembali meneruskan hidup seperti biasa.
Namun beberapa tahun selepas itu, berlaku beberapa kes pembunuhan kejam yang mengejutkan negara sehingga menyebabkan Inspektor Razi mengesyaki sesuatu dan memulakan penyiasatan rahsianya.
Apakah kaitan kehilangan empat remaja itu dan siri pembunuhan yang berlaku itu? Mengapa mereka diculik kemudian dibebaskan begitu sahaja? Dan mengapa pula kes penculikan dan pembunuhan ini begitu hampir?
***
Suspek Tanpa Jejak karya Fitri Hussin adalah sebuah novel thriller penuh misteri dan persoalan. Berhadapan dengan kes penculikan dan pembunuhan yang berlaku serentak, Inspektor Razi membuka penyiasatan rahsia untuk menjejaki suspek licik yang sentiasa berada selangkah di hadapannya.