Penulis: Nur Zafira Akma Roslan
Pelukis: Fatin Aqilah
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 97896297665146
Bil. Muka surat: 20 m/s
Format: Paperback
Harga: RM15.00
Sinopsis:
Buku di luar, permainan di dalam!
Melalui sebuah buku, kanak-kanak boleh bermain, belajar dan menjadi kawan kepada Al-Quran!
Dalam Buku Aktiviti Farah dan Farhan, anak-anak dapat menampal, mewarna, melukis, menconteng, memadan dan melipat bertemakan Alam Semesta Dalam Al-Quran
Kanak-kanak mesti akan leka memadankan stiker gambar sebenar dan sibuk belajar melipat origami. Ibu dan ayah pasti suka!
***
Alam Semesta Dalam Al-Quran
Farah dan Farhan mahu meneroka alam semulajadi. Mereka mengembara merentasi daratan, pelbagai jenis lautan, memerhatikan langit dan pergi ke angkasa lepas.
Semuanya disebut di dalam Al-Quran. Misi mereka bukan sahaja untuk mengembara, tetapi untuk menjaga alam semulajadi dengan menjaga kebersihan.
Mari bermain sambil belajar mengenai alam semesta dalam al-Quran bersama Farah dan Farhan dengan semua aktiviti ini:
- Tutorial Melukis
- Menampal
- Mewarna
- Melipat Origami
Percuma 30 stiker gambar sebenar dan juga sekeping kertas origami!