Kombo Masa Bersama Mak + Taaruf + [PERCUMA] Card Game
Dapatkan Kombo ini dengan hanya RM63. Jimat RM7 dari harga asal. Istimewa buat pembeli Kombo, anda akan dapat:
- Soal Jodoh & Taaruf: Bagaimana Mencari & Menentukan Pasangan Hidup Yang Sekufu oleh Aiman Azlan
- Hari-hari Terindah Bersama Mak: Menghidupkan Momen Dengan Yang Tersayang Walau Tersepit Dalam Kesibukan Harian oleh Lynn Razif
- Card Game
**
1. Soal Jodoh & Taaruf: Bagaimana Mencari & Menentukan Pasangan Hidup Yang Sekufu oleh Aiman Azlan
Apabila bercakap tentang jodoh dan kahwin, pelbagai persoalan berlegar dalam kepala.
'Di mana aku nak cari orangnya?'
'Calon macam mana yang aku kena cari?'
'Serasi ke dia dengan aku? Macam tak ada benda yang sama pun.'
'Betul ke dia jodoh aku? Macam mana kalau akhirnya tak jadi?'
Setiap fasa – bermula daripada mencari, kepada berjumpa calon, dan akhirnya membuat persiapan untuk melalui hari pernikahan – dilalui dengan rasa risau terhadap perkara yang tidak pasti.
Perihal jodoh ini sebenarnya amat sulit. Pun begitu, kita tetap berfikir tentangnya – kerana kita semua ada keinginan untuk berpasangan. Cumanya, ramai antara kita tidak tahu hendak mula dari mana.
Menerusi Soal Jodoh & Taaruf, Aiman Azlan yang merupakan kaunselor perkahwinan dan seorang Taaruf Coach memperkenalkan 5 Fasa yang praktikal sebagai panduan menuju ke gerbang perkahwinan.
Buku ini dibawa dengan teliti dan jujur agar perjalanan istimewa dapat dilalui dengan lebih yakin dan tenang – di penghujungnya, semoga dijanjikan kebahagiaan sehingga usia tua.
***
“Kita harus melihat perjalanan mencari jodoh itu dengan lensa baharu – di mana berkahwin bukannya tentang sempurna, tetapi tentang sedar dan sedia.”
**
2. Hari-hari Terindah Bersama Mak: Menghidupkan Momen Dengan Yang Tersayang Walau Tersepit Dalam Kesibukan Harian oleh Lynn Razif
Yang pertama memeluk kita…
Yang terawal menenangkan esak tangis kita…
Yang terdahulu mengasihi kita walau belum lahir ke dunia…
Mak.
Sewaktu kecil, maklah 'dunia' yang tak sanggup kita tinggalkan.
Namun apabila ‘dewasa’ mengetuk pintu kehidupan, dengan penuh teruja kita melangkah keluar, meneroka dunia baharu sehingga terlupa pada tubuh mak yang setia menunggu kepulangan kita.
Mesej yang lambat dibalas. Panggilan yang tidak berjawab.
Masa-masa dengan mak selalunya hanya selepas segala komitmen lain didahulukan.
Sehinggalah suatu hari, terdetik dalam hati kita, “Sejak bila emak sudah banyak uban? Sejak bila langkahnya semakin perlahan?”
Menerusi karya sulungnya, Lynn Razif menukilkan cerita dan renungan peribadi tentang bagaimana menjadi dewasa itu merubah perhubungan antara seorang mak dan anak, sama ada sedar ataupun tidak.
Hari-hari Terindah Bersama Mak memujuk kita untuk berhenti sejenak untuk memandang mak yang mungkin tanpa sengaja telah kita abaikan, lalu kembali ke pangkuannya. Jika tiba hari dia tiada, moga hanya sedih berlabuh di hati, bukan penyesalan.
***
“Mak juga satu pinjaman yang harus dipulangkan apabila waktu tiba. Dan setiap waktu yang diberikan oleh Tuhan itu adalah kasih sayang-Nya kepada kita.”