Penulis: Imam An-Nawawi
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Tahun Terbitan: 2024
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN : 9789673888351
Format: Paperback
Sinopsis
Ilmu fiqah adalah salah satu daripada ilmu-ilmu Islam yang sangat mulia dan utama kerana dengan ilmu fiqah itu, seseorang muslim dapat melaksanakan suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya dengan cara yang betul, bertepatan dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Dengan hanya berbekalkan niat untuk mengikut al-Quran dan as-Sunnah tanpa dipandu oleh ilmu fiqah yang betul, kita boleh jadi tersasar dalam memahami kehendak Allah dan Rasul-Nya dalam al-Quran dan as-Sunnah sehingga timbulnya fatwa-fatwa dan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan apa yang disebut oleh para imam dan ulama muktabar.