Tarikh: 31 Oktober 2026
Hari: Sabtu
Masa: 2.00pm - 4.00pm
Yuran: RM10
Terhad kepada 30 orang sahaja
Pernah terfikir nak baca banyak buku, tapi tak tahu nak mula dengan yang mana? 📚
Book Tasting merupakan satu inisiatif IMAN untuk anda meneroka pelbagai judul daripada IMAN dan RUMAA Books dalam satu sesi membaca yang santai.
Seperti Picnic & Pages yang biasa kita kenali, anda akan menikmati sesi membaca secara senyap selama satu jam. Bezanya, setiap 20 minit, anda akan diajak bertukar buku untuk mencuba bacaan yang berbeza.
Siapa tahu, buku yang selama ini tak pernah terlintas untuk dibaca mungkin menjadi judul yang paling mencuri hati anda?
Dalam satu sesi, anda berpeluang meneroka tiga buah buku, mengenali pelbagai cerita dan mungkin menemukan bacaan baharu untuk dibawa pulang ke rumah.
Jangan risau akan pilihan buku yang hendak dibaca, cukup hadir dan biarkan setiap helaian membawa anda kepada cerita yang berbeza.
Jom rasai pengalaman Book Tasting bersama IMAN & RUMAA Books di Picnic & Pages!