-10%
Zoom the image with mouse

Berhenti Bekerja: Bagaimana Membina Potensi Diri Agar Dapat Memilih Karier Yang Diingini by Ameirul Azraie & Nik Akmal

74 In stock
RM31.50 RM35.00
customers are viewing this product

Istimewa buat 400 pembeli yang terawal buku Berhenti Bekerja, anda akan dapat:

  • Senaskhah buku Berhenti Bekerja: Membina Potensi Diri Agar Dapat Memilih Karier Yang Diingini
  • Penanda buku Berhenti Bekerja

--

Penulis: Ameirul Azraie & Nik Akmal
Penerbit: Iman Publication
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789672459958
Bil. Muka surat: 286 m/s
Format: Paperback
Harga: RM35.00
Berat: 0.35kg

Sinopsis

“Aku tak minat kerja ni. Masalahnya, aku tak ada pilihan lain ....”
“Aku rasa tersalah pilih kerjalah, boleh lagi ke nak patah balik ....

Sejak kecil, hidup kita sudah ada susunan yang tersendiri–bermula dengan sekolah dan berakhir dengan universiti. Apabila keliru, akan ada ibu bapa dan guru membimbing.

Namun, setelah masuk ke alam dewasa, kita terpaksa memutuskan banyak hal sendiri, termasuk arah tuju kerjaya dan hidup. Kalau tersilap pilih, rasa macam ketinggalan bertahun-tahun.

Adakah cara untuk tidak gagal sejak awal?

Perjalanan mengejar kerjaya impian bukanlah seperti berjalan di atas garis lurus. Cita-cita kita boleh berubah semakin kita menginjak dewasa, begitu juga dengan perkembangan karier kita.

Buku Berhenti Bekerja menampilkan dua pakar perunding kerjaya yang bukan hanya berkongsi pengalaman dan teknik praktikal dalam memilih kerjaya, bahkan turut memberi panduan untuk membina identiti diri dan mindset yang tepat; agar kita dapat memulakan mahupun mengubah laluan karier kita dengan lebih yakin untuk mencapai apa yang diimpikan.

Polisi Order:

1. Sebarang order yang berjaya adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan atau ditukar ganti.

2. Selepas selesai proses pembayaran yang lengkap, anda akan menerima email pengesahan daripada IMAN Shoppe Bookstore bersama nombor order (cth: #111***). No order ini penting untuk semakan keseluruhan butiran pembelian.

3. Sebarang pertukaran alamat selepas pembelian tidak akan diterima dan pihak IMAN akan memproses tempahan berdasarkan maklumat yang diberikan semasa tempahan di website.

4. Anda tidak dibenarkan menukar atau menambah order selepas pembelian berjaya di website. Untuk menambah pembelian buku, anda boleh membuat tempahan buku yang baru di website dan kami akan pos buku tersebut secara berasingan.

Polisi Penghantaran:

1. Penghantaran akan dilakukan dalam masa 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah/Sarawak dalam masa 14 hari bekerja. Penghantaran luar negara akan mengambil masa dalam 2-3 minggu tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad mengikut nombor order (cth: #111***).

2. Semua parcel akan diposkan melalui sistem kurier yang telah ditetapkan oleh pihak IMAN kecuali Sabah Sarawak dan Luar Negara.

3. Tracking nombor akan diberikan melalui email dari IMAN Shoppe setelah parcel mula diproses oleh pihak IMAN.

4. Pelanggan tidak dibenarkan untuk self pick up pra tempah di premise IMAN Media Group

Polisi Kerosakan/Kehilangan Parcel

1. Sebarang aduan seperti berikut:

i. Kerosakan item
ii. Menerima order yang salah
iii. Kelewatan atau kehilangan parce

Anda boleh membuat laporan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN di sini. Pihak IMAN akan segera hubungi anda melalui email dalam tempoh 24 jam semasa waktu bekerja untuk penghantaran item yang baru.

Perhatian: Untuk buku rosak atau salah item, anda tidak perlu pulangkan kepada pihak IMAN.

2. Jika parcel mengalami kerosakan fizikal, anda perlu membuat laporan kepada pihak Easyparcel melalui email, support@easyparcel.my dan pihak IMAN dalam masa 24 jam. Kami tidak akan menghantar parcel yang baru sekiranya anda tidak membuat laporan kepada pihak kurier.

3. Untuk kes pemulangan parcel yang tak dituntut, anda haruslah membayar kos penghantaran yang baru kepada pihak IMAN dalam tempoh sebulan.

PERHATIAN: Sebarang persoalan dan cadangan, boleh diajukan kepada Unit Khidmat Pelanggan IMAN melalui email sales@imanshoppe.com atau hubungi talian 013-2875747.
Berhenti Bekerja: Bagaimana Membina Potensi Diri Agar Dapat Memilih Karier Yang Diingini by Ameirul Azraie & Nik Akmal
You have successfully subscribed!
This email has been registered