Sold Out
Zoom the image with mouse

Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri by Ustazah Asma Harun

PTS Bookcafe
Out of stock
RM27.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Ustazah Asma Harun & Dwi Suwiknyo
Penerbit: PTS Publications
Tahun Terbit: Ogos 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Kerohanian, Motivasi
ISBN: 9789674813802
Ketebalan: 188 m/s
Format: Soft cover

Ini adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w.

"Ya Allah, jika bukan Engkau yang memberikan aku keselamatan, kesihatan, nikmat, kebahagiaan, dan kemudahan untuk aku menempuhi segala ranjau dunia ini, maka gundah gulana kehidupanku.

Ya Allah, bagaimana mungkin aku sombong walhal aku lemah dan hanya Engkau yang Maha Perkasa. Ya Allah, bagaimana mungkin aku menjalani hidup ini tanpa-Mu.

Semoga kesibukan aku di dunia tidak memalingkan hatiku daripada-Mu.
Ya Allah, jangan biarkan aku sendiri."

Cukuplah Allah sebaik-baik Pelindung.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
C
Cik Aisyah
YOU WILL NEVER WALK ALONE.

buku ini menyentuh tentang pergantungan serta pengharapan yang disandarkan kepada Allah dalam apa keadaan sekalipun. buku ini juga menceritakan tentang perjalanan seorang hamba yang sangat memerlukan Allah SWT tidak kira dalam keadaan senang ataupun susah sekalipun. kita semua harus tahu dan sedar bahawa kejayaan yang datang bukanlah kerana usaha gigih kita semata-mata tetapi ia juga daripada izin dan pertolongan Allah. oleh itu kita tidak pernah sendiri, Allah bersama kita.

A
Annis
Recommended

Sgt tertarik dgn tajuk buku ni. Antara yg diperkataan adalah bab jodoh. Ada antara kita yg masih struggle tak jumpa jodoh. Yg dah berjodoh pula lain kisahnya. Jodoh tak panjanglah, tak ada restu keluarga lah, Jodoh akan dtg tepat pada masanya. Kita perlu berusaha dan selebihnya beserah kepadaNYA. DIA lebih mengetahui. Selain itu, kita ni susah sgt nk ikhlas. Bila buat baik pasti kita nk menunjuk dan nak dipuji. Selalu minta perlindungandan pertolongan dari Nya. Kupasan yg sgt baik dan melekat di hati.

A
Aiza biblio_mom
BAHAN BACAAN INI BUAT ANDA ❗️

Buku kedua daripada Siri Kembara Menuju Allah. Cantiknya luar dan dalam sama seperti buku pertama. Objektif buku ini adalah bagi membangunkan kesedaran dalam diri kita tentang perlunya pada Allah bagi membawa menuntun kita ke siratul mustaqim (jalan yang benar) dalam kembara kita di alam fana ini. Terdapat 14 bab disajikan di dalamnya.

Nilai tambahannya sama seperti buku pertama; sebuah peta Kembara Mencari Redha Allah diawal mukasurat, kata-kata menarik dalam bahasa inggeris dan melayu, tips penyelesaian masalah, petikan ayat Al Quran dan hadis Rasulullah dan "Slot Ustazah nak cerita" yang berkisar tentang luahan sebenar dari beberapa individu tentang dosa atau permasalahan yang dihadapi mereka.

Naskah kali ini membuatkan saya berasa hampir terpuruk kerana menyedari bahawa sesungguhnya ada waktu saya terleka dan merasakan usaha saya yang menyebabkan keberhasilan sesuatu, sedangkan saya hanyalah seorang makhluk, tiada kuasa 😭 Tanpa nikmat taufik dariNya saya lemah dan tiada daya. Bahkan emosi saya juga tak terkendalikan melainkan atas pertolonganNya.

Anda pernah merasa bangga atas pencapaian dan terlupa memujiNya? Anda sedih apabila gagal mengawal emosi dan nafsu? Marah apabila perancangan yang dirancang teliti, gagal? tersepit dalam hubungan yang menyiksakan apatah lagi rumahtangga?

1 Review
Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri by Ustazah Asma Harun
You have successfully subscribed!
This email has been registered