Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu by Ustazah Asma Harun

Penerbit: PTS Publications
Tahun Terbit: Ogos 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Kerohanian, Motivasi
ISBN: 9789674813796
Ketebalan: 192 m/s
Format: Soft cover
Ini adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w.
Buku Ya Allah, Aku Rindu Kepada-Mu dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang pertama daripada 4 buah buku dalam siri ini.
“Ya Allah, semakin aku jauh daripada-Mu, jiwaku semakin hampa, hatiku semakin gelisah dan tidak ada lagi nikmat dalam ibadah.
Ampuni aku ya Allah kerana selama hidupku ini, aku belum mampu mengenal-Mu. Seandainya Engkau masih memberikan kepada aku waktu, tentu aku ini mengenal-Mu, serta ingin lebih dekat dengan-Mu. Ya Allah, aku rindu kepada-Mu.”
Cukuplah Allah yang Agung buat diriku, kerana tiada Tuhan selain-Nya.