USSR - Iman Shoppe Bookstore
RM30.00 MYR

White Coat

USSR

"The Untold Stories of Students in Russia" tentang suatu tragedi yang pernah berlaku dan hangat di perkatakan di media massa dan elektronik suatu ketika dahulu. St. Basil, Moscow. Gereja tipikal dengan corak unik berwarna warni persis corak lollipop ini menjadi saksi kepada jerit payah kehidupan kami di sini. Volgograd, sebuah perkampungan tenang dengan berdiri gahnya mercu tanda Mamayev Kurga menghunus pedang menjadi rumah kedua kami yang memilih kerjaya doktor sebagai ibadah higga akhir nadi. Tidak lupa juga Nizhny Novgorad & Kursk; biarpun agak terpencil tetapi sejarahnya bukan kecil. Tempat bersejarah & tragedi kapal selam terbesar serta tercanggih K-141 ini menjadi tempat kami bertarung dengan 'peperangan' demi 'peperangan' untuk segulung ijazah dalam genggaman. Rusia, antara negara yang pernah di bawah pemerintahan komunis ini bukanlah pilihan utama, tetapi kami yakin dengan ketentuanNya bahawa Dia tidak meletakkan kami di sini sia-sia & saja-saja. Sudah ramai doktor di luar sana yang lahir dari perut bumi Russia dan masing-masing punya cerita mereka. Ada suka, ada duka. Namun akhirnya, bumi Russia rata-ratanyanya melahirkan doktor yang makin dekat dengan Tuhan walaupun sebilangann besar masyarakatnya hidup tidak bertuhan. Ini cerita perjuangan kami.  Ini buku bukti kami; graduan dan bakal graduan bumi Russia yang tidak akan mudah 'mati' biarpun seberat mana diuji.
Sale

Unavailable

Sold Out