Thawabit Al Amal Islami - Iman Shoppe Bookstore
RM13.00 MYR

iBooks

Thawabit Al Amal Islami

Thawabit Al Amal Islami Mengikut Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna

Penulis : Dr. Mazin Farrukh | Terjemahan : Dr. Kamaru Salam Yusof 

Buku di tangan anda ini adalah revival version kepada risalah-risalah yang pernah ditulis oleh Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna. Ianya tidak mengubah risalah-risalah yang asal diantaranya Majmuah Rasa'il dan Muzakkirat. Bahkan ianya adalah usaha baharu dalam memberi ilustrasi moden kepada dakwah yang didokong kuat oleh para pemuda hari ini. 

Anda akan dibawa dalam perbincangan utama khususnya fiqh da'wah (Fikah Dakwah) dan fiqh waqi' (Fikah Keadaan) dan bagaimana manhaj ini disesuaikan untuk seluruh dunia tanpa menepikan perkara yang thawabit (tetap) dalam manhaj Ikhwanul Muslimin. Berpegang teguh kepada perkara yang ditetapkan adalah sebesar usaha penyatuan para pendokong manhaj Ikhwanul Muslimin malah penyatuan masyarakat kepada Islam amnya. 

Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memberikan kurnia dan rezeki ilham kepada segelintir manusia antaranya Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Beliau sangat berhati-hati dalam memetik setiap Nas al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w untuk menjayakan sebuah manhaj yang bermanfaat sehingga hari ini. Selebihnya bagi Allah s.w.t terletak kepada kebenaran. Allahuakbar walillahilhamd, wallahua'alam. 

Sale

Unavailable

Sold Out