Tanyalah Islam Menjawab Jilid 1 - Iman Shoppe Bookstore
RM60.00

Iman Shoppe Bookstore

Tanyalah Islam Menjawab Jilid 1

Buku ini membicarakan persoalan yang merangkumi semua aspek kehidupan Umat Islam bermula dengan persoalan bab Aqidah hingga Persoalan-persoalan Semasa umat Islam (Masail Ilmiah).
Buku ini terdiri daripada lapan bab utama. Antaranya:

Bab 1. Akidah
Persoalan & Jawapan berkaitan definisi Aqidah, isu-isu ghaibiyyat (syurga, neraka dosa, pahala, qadha’ dan qadar) dan sebagainya.

Bab 2. Firaq Wa Adyan (Kumpulan & Agama)
Persoalan & Jawapan berkaitan definisi, ideologi, sejarah, perbahasan Ilmu Kalam, mauqif ulama terhadap (pendirian ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah) kumpulan-kumpulan serta agama yang wujud dan banyak lagi.

Bab 3. Feqah
Persoalan & Jawapan berkaitan definisi fiqh Islam dan isu-isu penting umat berkenaan fiqh. Seperti tertera di bawah:
3.1 Taharah dan Solat
3.2 Zakat
3.3 Puasa
3.4 Haji & Qurban
3.5 Muamalat
3.6 Munakahat

Bab 4. Tasawuf
Persoalan & Jawapan berkaitan definisi Tasawuf, pandangan ulama muktabar berkenaan Tasawuf, maksud serta istilah yang terdapat dalam Tasawuf dan sebagainya.

Bab 5. Tafsir
Persoalan & Jawapan berkaitan tafsiran sesetengah ayat al-Quran atau maksud kalimah dalam al-Quran dengan nukilan pandangan dari ulama yang muktabar, Asbab Nuzul (sebab turun ayat) ayat al-Quran, fadhilat surah-surah al-Quran dan banyak lagi.

Bab 6. Hadith & Mustalah Hadis
Persoalan & Jawapan berkaitan definisi dalam hadis dan Mustalah hadis, membincangkan taraf dan kedudukan sesuatu hadis, kedudukan hadis dhaif serta hukum beramal dengannya dan maksud serta syarah hadis.

Bab 7. Sirah & Sejarah
Persoalan & Jawapan berkaitan tarikh-tarikh penting dalam Islam, faedah mempelajari Sirah Rasulullah SAW, taraf hadis berkenaan Rasulullah SAW, sejarah Khulafa’ al-Rasyidin, Manaqib-manaqib Sahabat serta Tabi’en dan sebagainya.

Bab 8. Usul Fiqh & Qawa’id Fiqh
Persoalan & Jawapan berkaitan definisi Usul Fiqh serta perkembangannya, perbahasan tentang Ijma’, Ikhtilaf, Khilaf Sahabat, Masalih al-Mursalah, pertembungan Mafsadah (keburukan) dan kaedah mentarjihkannya, isu-isu fatwa dan banyak lagi.

Bab 9. Masail Ilmiah (Isu & Persoalan Semasa)
Persoalan & Jawapan berkaitan isu-isu dan persoalan semasa umat Islam, perbahasan taraf dan kedudukan hadis perubatan dan ilmu perubatan moden, perbahasan hiburan dalam Islam dan alat-alatan yang dibenarkan Islam, hukum pemindahan organ dan banyak lagi.

Sale

Unavailable

Sold Out