Zoom the image with mouse

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 by HAMKA

PTS Bookcafe
14 In stock
RM25.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: HAMKA
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Al-Quran
ISBN: 9789674811143
Ketebalan: 352
Format: Paperback

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar.Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran denga Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tab'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.Di ssamping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

 

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 18, iaitu Surah Al-Mu'minun, An-Nur, dan Al-Furqan.Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA adalah kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Write a review
Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 by HAMKA
You have successfully subscribed!
This email has been registered