Tafsir Mini Surah Al-A'la by Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

Penerbit: Telaga Biru
Tahun Terbit: 2018
Bahasa: Melayu
Genre: Al-Quran
ISBN: 9789673883929
Ketebalan: 96
Format: Paperback
Tafsir Mini Surah al-A'la merupakan antara surah yang menjadi amalan bacaan Rasulullah SAW dalam solat dua hari raya dan solat Jumaat. Surah ini mengandungi intipati dan mesej yang sangat penting untuk diambil perhatian oleh orang yang beriman dan seluruh umat manusia. Antara mesej yang disampaikan dalam surah ini ialah kita boleh melihat pada permulaan surah ini, Allah SWT memberitahu kepada kita bukti-bukti kekuasaan-Nya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Kekuasaan Allah SWT selaku Tuhan yang menguasai dan mentadbir seluruh alam semesta ini.
Mengapa anda harus memiliki buku ini?
1. Buku ini memberi penerangan yang mendalam tentang surah A'la dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.
2. Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekallkan minat dan memudahkan pemahaman anak-anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
3. Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan denagan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.
4. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan menyeronokkan di dalam kelas.