Penulis: Zul Fikri Zamir
Halaman: 214 ms
Realitinya, syarikat dan golongan pedagang berebut-rebut untuk mendapatkan data serta segala macam bahan privasi milik kita semata-mata kerana mereka terpaksa berperang di dalam zaman maklumat hari ini.
'Language of hate & demonization' adalah bahasa baru. Peningkatan golongan gelandangan di tengah bandar adalah bukti jelas bagaimana barbariknya sistem ini berfungsi. Demokrasi yang kita laungkan sebenarnya adalah demokrasi buatan, diukir dan dipasang ke dalam minda bawah sedar kita untuk menghalalkan segala macam penipuan, propaganda, informasi palsu serta penjahanaman pemikiran yang sedang berlangsung.
Siapa kata kita sudah merdeka?