There was an error signing up for restock notifications. Please try again.
Penulis: Ainon Mohd & Abdullah Hassan Penerbit: PTS Publishing Tahun Terbit: 2019 Bahasa: Melayu Genre: Self help ISBN: 9789674812294 Ketebalan: 372 m/s Format: Soft cover
Buku panduan bercakap-cakap dan berbual-bual ini ditulis sebagai inisiatif memenuhi keperluan-keperluan jiwa manusia yang begitu penting dan mendalam.
Apabila kita ingin menjadi orang yang popular, disukai ramai dan disanjung, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri kita ialah kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan orang lain.
Ramai orang yang rezeki mereka bergantung kepada sejauh mana mereka memiliki kemahiran jenis ini. Ahli-ahli politik, jurujual, penghibur, artis-artis filem dan televisyen, pakar-pakar motivasi dan banyak lagi, mereka itu semuanya hidup dengan kemahiran bercakap-cakap dan berbual-bual dengan sesiapa sahaja, di samping mereka juga memiliki kemahiran-kemahiran lain.
Kemahiran berkomunikasi adalah berdasarkan ilmu pengetahuan. Oleh itu, ia mesti dipelajari sebagaimana kita mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan lain.