Sold Out
Zoom the image with mouse

Rindu Bau Pohon Tin by Hasrizal Abdul Jamil

Jejak Tarbiah
Out of stock
RM28.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Hasrizal Abdul Jamil

Penerbit: Jejak Tarbiah

Mukasurat: 221

Tahun Terbitan: 2020

ISBN: 9789671754368

Format: Paperback

 

RINDU BAU POHON TIN Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi rasa dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa.

Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana. Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!

Customer Reviews

Based on 18 reviews
56%
(10)
44%
(8)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
F
Farahani Onara (goodreads)

“Apa beza jalan dengan jalan-jalan?”

“Jalan is you do the walking with reason, and jalan-jalan is just a waste of time!

“So, would you consider yourself as hidup or hidup-hidupan?”

“If we consider ourselves as hidup-hidupan then let us live with no reason. If we are hidup, then let us understand our pupose of life.”

Tajuk buku : Rindu Bau Pohon Tin by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Rating : 5 Stars

Buku ini merupakan keluaran Jejak Tarbiah yang mengisahkan pengalaman ‘travelog’ Ustaz Hasrizal sepanjang menjadi pelajar di Jordan. Kandungan buku terbahagi kepada dua iaitu semasa beliau menjadi pelajar di Jordan & semasa beliau ke Qatar untuk membuat perkongsian bersama pelajar Malaysia di sana.

Coretan yang santai tapi penuh berisi. Ini kali pertama saya memilih untuk membuat catatan dengan membuat nota didalam buku! (guna pensel lah tapi) Saya seorang yang tidak gemar untuk menconteng/menulis di dalam buku sebab sayangkan buku. Tetapi, bila baca buku ni, saya rasa saya perlu menulis & buat nota di dalamnya, tidak cukup hanya melekatkan sticky tab untuk bahagian-bahagian yang penting buat saya. Tu pun saya rasa nak tanda satu buku haha.

Gaya bahasa yang mudah difahami, tetapi ada beberapa ‘terms’ yang digunakan saya kurang faham, tapi buat saya rajin untuk ‘search’ maksud perkataan yang digunakan terutamanya ‘terms’ bahasa Arab. Sebab apa rajin nak cari? Sebab buku ini memang menarik untuk difahami.

Worth to read? YES. Sangat-sangat worth! Isi yang menarik & memberi manfaat. Lepas ni nak bacalah karya-karya lain keluaran Ustaz Hasrizal.

L
Liyana Osman (goodreads)

Must read especially for post SPM students who are planning to further study abroad

A
Ahya Hassan (goodreads)

Sangat sesuai dibaca oleh penuntut ilmu bagi membangkitkan semangat dan mengingatkan kembali tujuan sebenar berpenat lelah di jalan ilmu yang tidak menjanjikan harta dunia tetapi insyaa Allah ganjaran di akhirat sana. Erti hidup pada memberi: semoga dengan ilmu, dapatlah kita memberi dengan sebanyak banyaknya.

Sedikit petikan dari puisi penutup buku ini,

"Kita diajarkan cintakan kematian
Bagai musuh kita cintakan kehidupan
Maka di Bumi Israk ini tempatnya
Kau mengenal jihad dan perjuangan"

Terima kasih UHAJ.

1 Review
Rindu Bau Pohon Tin by Hasrizal Abdul Jamil
You have successfully subscribed!
This email has been registered