Rahsia Surah Al-Jin by Abdul Fatah Zakaria

Penerbit: Rimbunan Ilmu
Tahun Terbit: 2019
Bahasa: Melayu
Genre: Tadabbur
ISBN: 9789671608548
Ketebalan: 74 m/s
Format: Soft cover
Buku Rahsia Surah Al-Jin ini wajar dimiliki kerana di dalamnya terkandung penjelasan tentang hakikat kejadian jin yang juga sebenarnya merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T.
Hal ini penting untuk difahami supaya segala amalan khurafat dan kepercayaan karut serta amalan-amalan syirik yang melibatkan makhluk yang bernama jin ini dapat dicegah dan dibanteras daripada terus merosakkan akidah umat Islam.
Hakikatnya, golongan jin juga ada yang beriman dan ada yang kufur ingkar. Justeru itu kedudukan mereka sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.T. jelas menunjukkan bahawa mereka tidak seharusnya dijadikan medium untuk meminta bantuan apatah lagi untuk dipuja dan disembah.