Zoom the image with mouse

Perjalanan Hidayah Umat

8 In stock
RM23.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Ebit Lew & Rahman Lew
Penerbit: Transforms Publication
Bahasa: Bahasa Melayu
Format: Paperback
Bahasa: Bahasa Melayu
Bil.MukaSurat: 228

Sinopsis buku ini mengisahkan tentang kisah-kisah Nabi dan perjalanan Nabi yang boleh dicontohi oleh Umat Islam. hal ini kerana, hakikat pada waktu ini ramai dalam kalangan kita yang dilahirkan islam maka kita hilang arah dan oedoman. buku ini memberi pengajaran dan teladan kepada pembaca. 

Buku ini juga memberi keterangan cara untuk menjalankan perniagaan sehingga berjaya melebarkan perniagaan  dan mendapat hasil jutaan ringgit dengan mencontohi para sahabat yang telah diiktiraf sendiri oleh Allah S.W.T.

Alhamdulillah dengan berkat susah-payah, pengorbanan dan darah Nabi Muhammad serta orang terdahulu, kita hari ini mampu mengenali dan sujud kepada Allah S.W.T. Hari ini kita dilahirkan dari keluarga orang Islam hingga menyebabkan kita lalai dan tidak menyedari nikmat kebesaran Islam.

Ramai yang bercakap soal Islam tapi tidak dipraktikkan. Seorang ulama berkata, disaat ketika orang kafir sedang sibuk menyembelih orang Islam di serata dunia, orang Islam pula sedang sibuk menyembelih satu demi satu amalan dalam Islam itu sendiri.

Jika kita ingin mengulangi keagungan dan kejayaan Islam seperti sahabat, maka hari ini kita perlulah mencontohi usaha gerak kerja yang ditunjukkan oleh Nabi dan sahabat demi mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenar.

Hakikat waktu ini, oleh kerana ramai dikalangan kita yang dilahirkan Islam maka kita hilang arah dan pedoman di mana hendak memulakan gerak kerja sebagai orang Islam. Sebagai gambaran mudah jika kita ingin jadi pelajar cemerlang maka kita perlu contohi pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Jika kita ingin menjadi usahawan yang berjaya, kita perlulah contohi usahawan yang telah berjaya melebarkan perniagaan dan mendapat hasil jutaan ringgit. Natijah yang sama juga, jika kita ingin berjaya mengamal Islam secara terbaik, maka kita perlulah contohi para sahabat yang telah diiktiraf sendiri oleh Allah S.W.T.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Perjalanan Hidayah Umat
You have successfully subscribed!
This email has been registered