Zoom the image with mouse

Perang Tamadun Melayu By Abdullah Sidek

46 In stock
RM28.00
Terms & conditions
customers are viewing this product
Penulis: Abdullah Sidek
Penerbit: Patriots Publishing
Tahun terbit : Februari 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Sejarah Melayu
ISBN: 9789671734476
Ketebalan: 316 m/s
Format: Softcover

Tidak keterlaluan jika buku ini dipanggil sebagai sebuah naskhah ilmiah yang menceritakan mengenai Game of Thrones kerajaan-kerajaan Melayu. Permainan takhta tamadun bangsa kita setanding pergelutan takhta yang membawa kepada perang di Eropah.

Ia tidak terkalahkan dek hikayat-hikayat kerajaan-kerajaan berperang yang mewarnai China. Ia juga sehebat kisah Sengoku Jepun yang melibatkan para warlordnya berebut menjadi Syogun untuk nama mereka kekal 1,000 tahun lagi.

Perang Tamadun Melayu membawa anda mengembara ke sejarah raja-raja Melayu bermain politik, sehingga kepada peperangan yang mengasyikkan antara kerajaan-kerajaan yang pernah bertapak di alam Melayu. Malangnya, kronikel ini tidak didendangkan sehebat kisah raja-raja Eropah, maharaja-maharaja China dan juga para Syogun Jepun sehingga ia terus tenggelam dalam sejarah.

Justeru, kami di Patriots Publishing muncul dengan karya terbaru kami yang membedah perang-perang dalam tamadun Melayu bermula seawal zaman Parameswara di Singapura purba sehingga memasuki zaman moden. Ia penuh dengan darah, helah dan romantisme kisah-kisah kerajaan-kerajaan ini merebutkan takhta alam Melayu.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Perang Tamadun Melayu By Abdullah Sidek
You have successfully subscribed!
This email has been registered