Perang Melawan Mitos - Iman Shoppe Bookstore
RM35.00

White Coat

Perang Melawan Mitos

Selalu kita mendengar tentang mitos-mitos yang sering meniti dari mulut ke mulut. Tapi apakah kita tahu fakta sebenar di sebalik mitos tersebut.

Mari selami fakta ini di dalam Perang Melawan Mitos. Ia ditulis oleh sekumpulan doktor dan pegawai perubatan bertauliah yang diketuai oleh Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin melalui medium media sosial #MedTweetMY dan segala maklumat yang ada dikumpul untuk menghasilkan buku ini.

Antara mitos yang popular :

Laptop atas peha penyebab mandul?

Mandi malam sebabkan paru-paru berair?

Biji cili penyebab masalah appendiks?

Bersukan waktu malam merosakkan jantung?

Tuala wanita punca kanser servik?

Dan banyak lagi akan terjawab di dalam buku ini.

Penerangan yang jelas dari pakar-pakar yang terlibat membuatkan kita mendapat info yang betul. Grafik pada buku ini juga tidak mengecewakan. Yang pasti setelah membaca buku ini anda akan mendapat ilmu yang baru. Ia juga memberi kesedaran kepada umum supaya mereka faham bahawa kepercayaan nenek moyang dahulu kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik kepada pesakit.

“Kita adalah musuh pada perkara yang kita tidak tahu”

Sale

Unavailable

Sold Out