Penjelasan Di Sekitar Risalah Taalim - Iman Shoppe Bookstore
RM26.10

RM29.00

Dewan Pustaka Fajar

Penjelasan Di Sekitar Risalah Taalim

KATA PENGANTAR PENTERJEMAH

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kehadhrat Ilahi atas kurniaan kekuatan dan kesihatan yang dianugerahkan olehNya, sehingga kami berjaya menyiapkan skrip terjemahan ini.

Sememangnya Risalah Ta'alim ini pernah diterjemahkan sebelum ini, namun ia tetap diterjemahkan buat kali kedua untuk edisi terbitan Pustaka Fajar, memandangkan kepentingan dan keperluan terhadap buku ini amat tinggi Mudah-mudahan dengan terbitan ini, ia dapat diedarkan lebih meluas lagi, sehingga ia benar-benar dapat dimanfaatkan oleh segenap kaum muslimin yang cintakan kedaulatan Islam dan juga barisan pelapis muda yang begitu bersemangat dan berkobar-kobar untuk mengembangkan syiar Islam di setiap pelusuk tanah air.

Selaku manusia biasa, kami tidak mampu memberi jaminan sepenuhnya teks terjemahan ini terpelihara daripada sebarang kesilapan kecil mahupun besar, namun kami sentiasa berusaha sedaya-upaya kami untuk melakukan yang terbaik. Sekiranya terdapat salah silap yang tidak disengajakan, para cerdik pandai dan cendiakawan amat diharapkan dapat tampil membuat pembetulan, agar segala kekeliruan dan kesamaran dapat diperjelaskan. Sememangnya kami bukanlah orang yang paling layak memikul tugas penterjemahan ini, namun demi amanah dan tanggungjawab terhadap Agama, kami memberanikan diri untuk menjalankannya sekadar upaya kami. Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat saya Ahmad Hasan bin Mohd Nazam yang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja mengedit dan menyemak semula skrip ini, serta banyak berkorban tenaga sehinggalah skrip ini berjaya dipersembahkan dalam bentuk yang seumpama ini. Allah jualah yang selayaknya membalas jasa-jasa beliau.

Semoga usaha yang sedikit ini tetap dipandang Allah sebagai usaha murni untuk mengembangkan lagi dakwah Islamiyyah di muka bumi ini.
Sale

Unavailable

Sold Out