Nota My #QuranTime Juzuk 14
Penulis: Yayasan Warisan Ummah Ikhlas
Penerbit: Karya Bestari
Tahun Terbit: 2022
Bahasa: Melayu
Genre: Nota, Tadabbur
ISBN: 9789678610025
Format: Soft cover
Halaman: Berwarna
Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.
NOTA MY #QURANTIME Juzuk 14 memberi peringatan tentang:
- Kesombongan Iblis Dan Pengusirannya Dari Syurga Oleh Allah SWT
- Khabar Gembira Mengenai Kelahiran Nabi Ishak a.s
- Azab Dan Kebinasaan Kaum Nabi Lut a.s
- Kisah Penduduk Negeri Hijr Yang Mendustakan Para Utusan Allah SWT
- Keadaan Orang Kafir Ketika Dicabut Nyawa
- Tanda Kebesaran Allah SWT Di Sebalik Lebah Dan Madu
- Penghormatan Hari Sabtu Bagi Yahudi