Sold Out
Zoom the image with mouse

Misi Budak Ajaib by Syauqie MK

PTS Bookcafe
Out of stock
RM10.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Syauqie MK
Penerbit: PTS Bookcafe
ISBN: 9789673694211
Muka Surat: 152
Tahun Terbitan: 2019
Format: Paperback
Harga: RM10.00

Tanpa Irfan sedari dia dianugerahi memori fotografi, suatu kelebihan yang ada pada beberapa orang sahaja di dunia. Adreen Amira, mempunyai mata bak burung helang. Hutan adalah tempat permainannya. Ikhwan amat taksub dengan alam ghaib, dan hijabnya terbuka apabila mereka bertiga tersesat di hutan Hulu Langat.

Nasib malang menimpa ketika mereka cuba menjejak rakan mereka Nur Amirah yang ghaib selepas diserang histeria. Mereka tersesat di dalam hutan yang sama. Kompas tidak berfungsi, jarum jam tidak bergerak, berulang-alik di laluan yang sama, ditegur makhluk yang pelik, terjumpa kawasan lapang dan bersih, antara tanda-tanda mereka mungkin ‘disembunyikan’ makhluk halus.

Untuk keluar dengan selamat, mereka perlu bersatu hati. Bagaimana pula nasib Nur Amirah?

Customer Reviews

Based on 3 reviews
100%
(3)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
M
Mira Ishak

Paling suka buku ni disebabkan salah seorang watak yang ada bernama Nur Amirah. Ya, ejaan nama itu sebijik dengan namaku. haha. Jadi, bonus point di situ. haha.

Misi Budak Ajaib ni tentang kisah 3 orang rakan yang tersesat dalam hutan dalam cubaan untuk mencari seorang lagi rakan mereka. Nilai-nilai persahabatan dan kekeluargaan jelas dicoretkan dalam buku ini. Meruntun jiwa jugalah baca.

Gabungan watak yang diketengahkan cukup serasi. Penulis bijak menghubungkan kelebihan setiap watak dan menjadikannya satu pengembaraan yang menarik. Setiap watak tu hidup serta peranannya kena pada situasi dan tempat yang diceritakan. Kemaslah penceritaan kat situ. Suka suka.

Ada juga ilmu alam dapat dipelajari dalam Misi Budak Ajaib ni, dan semestinya kisah mistik yang turut diselitkan menjadikan buku ini hampir lengkap rencahnya.

Dan yang pasti juga, rugi tau kalau adik-adik dan rakan-rakan tak baca!

Tahniah tuan Syauqie MK!

S
Syazwani Kamaruddin

Jalan ceritanya menarik. Ada rasa debar, teruja, sedih dan gembira. Terselit juga sedikit ilmu berkenaan hutan.

Kesibukan seorang ayah dan ibu telah menjadikan sekeping hati dan jiwa kosong. Maka tercetuslah satu tindakan di luar kewarasan akal fikiran.

N
Nurin Insyira

Pertama sekali, Nurin sangat tertarik nak baca buku ni disebabkan oleh tajuk dan covernya yang sangat cantik dan colourful😍😍✨

Buku ini menceritakan tentang perjalanan dan pengalaman empat sekawan iaitu Irfan, Adreen Amira, Ikhwan dan Nur Amirah yang mengikuti perkhemahan sekolah di Hutan Hulu Langat. Tanpa mereka sedari, masing-masing dianugerahi kelebihan dan kecekapan tersendiri yang sangat membantu ketika mereka tersesat di tengah-tengah hutan. Situasi menjadi lebih buruk apabila rakan mereka iaitu Nur Amirah ghaib secara tiba-tiba seolah-olah dia disembunyikan oleh 'sesuatu'😶.

Nurin sangat suka dengan setiap watak yang digarapkan oleh penulis dalam buku ini. Masing-masing ada daya tarikan sendiri yang membuatkan Nurin senang nak relate dan tersenyum-senyum membaca keletah mereka (Nurin ship Irfan dan Adreen Amira!🙈 Hahah😆). Watak Irfan tu sangatlah interesting sebab dia dikurniakan ingatan fotografik! Which is, dia boleh ingat setiap perkara yang dia nampak walaupun hanya sesaat✨Cara Irfan berfikir and solve the puzzle pun dah ala-ala detektif macam Detective Conan tuuu😆. Penulis tidak lupa juga untuk menyelitkan pelbagai tips berguna jika kita berada atau tersesat dalam hutan. Banyak ilmu asas perkhemahan yang Nurin peroleh daripada buku ini😇. Oh ya, buku ini ada plot twist!✨ Mind-blowing jugakla masa Nurin baca babak-babak terakhir tu sebab memang tak jangka langsung perkara tu akan berlaku👀.

Tetapi... Nurin rasa tajuk buku ni macam tak sesuai? Hehe entahla, tapi bila dah habis baca, Nurin tak boleh nak relate sangat tajuk 'Misi Budak Ajaib' dengan plot buku ni😂. Selain itu, Nurin tak puas hati dengan pengakhiran buku ni sebab masih ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab. Huhu😌🤧. Adakah penulis akan tulis sambungan kepada buku ini?👀 Pleaseee!

Nurin rate buku 'Misi Budak Ajaib' ni 4.4/5 STARS!✨ Highly recommended untuk adik-adik dan kawan-kawan Nurin yang nak baca buku adventure yang macam lasak-lasak sikit and ada banyak misteri~~

Misi Budak Ajaib by Syauqie MK
You have successfully subscribed!
This email has been registered