Minda Syariah Kewangan Islam - Iman Shoppe Bookstore
RM70.00 MYR

Amanie Media

Minda Syariah Kewangan Islam

“Minda Syariah Kewangan Islam” adalah buku pertama yang membongkar cerita balik tabir seputar pelbagai aspek yang mewarnai kerjaya seorang penasihat Syariah. Yang lebih menarik lagi adalah buku ini ditulis salah seorang cendekiawan Syariah dalam kalangan peneraju khidmat nasihat Syariah bagi kewangan Islam. Inilah kisah beliau. Buku ini bukan sahaja memberi pencerahan, malah seronok dibaca. Dengan beraninya, buku ini membincangkan pelbagai isu, termasuk percanggahan kepentingan ekoran keanggotaan berbilang oleh beberapa orang cendekiawan Syariah dalam Badan Penasihat Syariah, yuran profesional Syariah yang dianggap terlalu mewah, monopoli oleh beberapa orang cendekiawan Syariah utama dunia, pembangunan para cendekiawan Syariah muda, persepsi kewujudan konflik antara cendekiawan Syariah Malaysia dan cendekiawan Syariah negara GCC, membelek fatwa dan banyak lagi persepsi antagonistik pada cendekiawan Syariah. Sementalahan, buku ini juga menawarkan penilaian membina mengenai penasihat Syariah dengan matlamat melonjakkan lagi khidmat nasihat Syariah dan juga industri kewangan Islam secara keseluruhannya. Buku ini mendokong hasrat bagi menambah baik piawaian tadbir urus, yang menekankan pada ketelitian, kecekapan dan kemahiran para cendekiawan Syariah.
Tidak lupa juga, buku ini diharap mampu memangkinkan pengwujudan generasi baru cendekiawan Syariah dengan memberikan tip-tip berguna dan rahsia-rahsia kerjaya, yang bersumberkan pengalaman industri pengarang selama dua dekad.
Sale

Unavailable

Sold Out