-12%
Zoom the image with mouse

Menulis dari Hati Biar Sampai ke Hati by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Zamri Mohamad

PTS Bookcafe
21 In stock
RM37.84 RM43.00
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Zamri Mohamad
Penerbit: PTS Bookcafe
Tahun Terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9789674817558
Format: Paperback
Harga: RM43.00
Berat: 0.35 kg
Sinopsis:


Bahagian 1: Tulislah Cerita, Jiwa Lentur, Akal Akur

Cerita sentiasa mempengaruhi manusia, baik jalan kiri atau pun kanan. Bagaimana kita dapat membangunkan cerita yang membawa kepada jiwa yang lentur dan akal yang akur? Dalam bahagian ini, penulis membawa pengalaman yang dapat dijadikan rangka fikir dan rangka kerja dalam pengkisahan baik berbentuk fiksyen, kembara dan kisah hidup.

Bahagian 2: Menggali, Menyusun Teladan dan Hikmah dalam Penulisan Kisah Hidup

Kisah hidup akan mati sebagai laporan semata-mata jika tidak disilangkan bersama hikmah dan pengetahuan yang datang bersama. Penulis memberikan panduan bagaimana merangka kisah hidup yang membentuk nilai menggunakan bahan pembacaan dan pengamatan yang datang bersama.

Bahagian 3: Menulis menggunakan 4 Kuadran Diri

Bagaimana menulis menggunakan kuadran modal diri? Untuk topik ini, kita akan melihat bagaimana modal diri sendiri boleh digunakan sebagai asas bagi menghasilkan penulisan persuasif yang dapat mendekati pembaca dan relevan. Sesuatu yang relevan akan bertahan lebih lama, menjangkaui tempoh yang kita jangkakan.

Customer Reviews

Based on 4 reviews
100%
(4)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
T
Tengku

"Apabila kita bercakap tentang penulisan, mestilah wujud perbuatan menulis, peralatan menulis dan tulisan yang mana akhirnya menjadi buku." - Hasrizal Abdul Jamil, halaman 75.

Nama Ustaz Pahrol dan Ustaz Hasrizal memang tidak asing sebab memang baca buku tulisan mereka sejak sekolah menengah.

Tentang Cinta, Nota Fikir untuk Zikir, Mukmin Profesional, Secangkir Teh Pengubat Letih, Di Hamparan Shamrock etc.

Mungkin ini kali pertama baca buku tulisan saudara Zamri Mohamad. Banyak sangat ilmu dan teknik menulis yang tak pernah dipelajari pun sebelum ni.

Buku ni sangat sesuai untuk yang nak mula menulis dan nak memahami dari sudut seorang penulis.

Tak mampu jadi seorang penulis, jadilah seorang yang suka membaca tulisan orang lain.

F
Fakhry Harraz

Tepat jam 9:14 PM tadi, saya telah berjaya menamatkan ‘Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati, merupakan bacaan ketiga saya bagi tahun 2022. Alhamdulillah, minda terasa puas kekenyangan seusai menyantap bait-bait garapan tiga orang panelis yang dikira cukup ‘makan garam’ dalam dunia penulisan ini. Insyaallah dengan segala hikmah yang telah saya petik sepanjang bersiar di taman ini(buku ini), akan saya semai agar buahnya kelak dapat pula mengeyangkan pembaca yang lain.
Terima kasih buat @ustazpahrolmohamadjuoi, @iamhasrizal dan saudara Zamri Mohammad di atas penghasilan karya yang cukup bermanfaat ini.

Ps: saya gunakan ‘formula alam’ untuk tulis resensi ringkas ni, sebuah formula menulis yang baru saya dapati dari buku ini. Oleh itu, saya mohon maaf kepada rakan pembaca sekalian jika ayat saya kedengaran sedikit aneh dan merepek😝

I
Irni Farid
Gabungan cetusan hati tiga penulis yang saya hormati termasuk guru penulisan saya, Tuan Zamri Moh...

Saya membaca karya-karya mereka dan sentiasa ada ibrah yang melekat di minda. Naskah ini mudah difahami dan menggunakan laras bahasa yang mendekatkan hati. Rasa semangat ingin menyelesaikan penulisan sendiri. Tiga gaya dan tiga topik berbeza ke arah tujuan yang sama dengan pelbagai formula. Cuma bagi muka surat berwarna kelabu, saya ingin cadangkan agar menggunakan font berwarna agar lebih terang bagi pembaca.

Menulis dari Hati Biar Sampai ke Hati by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Zamri Mohamad
You have successfully subscribed!
This email has been registered