Sold Out
Zoom the image with mouse

Menuai Hidayah Iman by Muhammad Hassan Al-Basri

PTS Bookcafe
Out of stock
RM19.90
Terms & conditions
customers are viewing this product

Penulis: Muhammad Hassan Al-Basri
Penerbit: PTS
Tahun Terbit: 2010
Bahasa: Melayu
Genre: Komik, Umum
ISBN: 9789675564598
Ketebalan: 192
Format: Paperback

Pasti anda mahu tahu

  • Apakah maksud Iman dan hidayah? Apakah kaitan antara kedua-duanya?

  • Mengapa hidayah Iman itu penting kepada manusia?

  • Kaedah bagi mendapatkan hidayah Iman.

  • Kisah individu yang berjaya menikmati manisnya limpahan hidayah Iman serta kisah individu yang tidak berjaya memperolehinya.

Hidayah Iman adalah hak mutlak Allah.

Hidayah Iman adalah misteri yang tidak mampu dirungkai.

Hidayah Iman adalah persoalan yang tidak mampu dijawab oleh mana-mana manusia.

Individu sebengis Umar al-Khattab begitu mudah menuai iman sejurus ditanam benih hidayah oleh Allah. Segalanya terjadi sebaik sahaja beliau selesai membaca enam ayat daripada surah Taha.

Individu semulia Abu Talib tidak mampu merasai nikmatnya Iman sehingga hembusan nafasnya yang terakhir, walaupun Nabi Muhammad sendiri yang mendoakan hidayah untuk dirinya.

Menuai Hidayah Iman membicarakan perihal misteri di sebalik hidayah dan Iman. Buku ini memberikan pencerahan yang jelas berkaitan hakikat Iman.

Buku ini juga membuka rahsia bagaimana mempersiapkan diri supaya dapat terus menuai hidayah iman di sepanjang kehidupan sampai ke saat ajal datang menjemput.

Buku ini juga menceritakan kisah-kisah individu yang merasai nikmat Iman melalui benih hidayah, yang hanya dikurniakan atas sifat belas ihsan Allah.

Mari sama-sama kita memperkukuhkan anugerah Iman dalam diri kita melalui Menuai Hidayah Iman.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
Menuai Hidayah Iman by Muhammad Hassan Al-Basri
You have successfully subscribed!
This email has been registered