Menongkah Arus Globalisasi - Iman Shoppe Bookstore
RM30.00 MYR

Alam Raya

Menongkah Arus Globalisasi

Penulis : Dato' Dr Wan Salim Mohd Noor

Sebagaimana yang difahami daripada judulnya, buku ini menghurai dan membincangkan beberapa isu berkaitan globalisasi yang bertujuan untuk menyingkap rahsia dan motif yang tersembunyi di sebalik slogan-slogan manis dan indah yang sering dicanang oleh para pendukung gagasan ini di merata pelosok dunia. 

Tulisan ini juga akan cuba mendedahkan perancangan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan sedang dilaksanakan dengan rapi lagi licik ke atas masyarakat antarabangsa untuk meraih kepentingan-kepentingan mereka sendiri. 

Seterusnya tulisan ini juga menyeru umat Islam secara khusus supaya bersikap rasional lagi praktikal dalam menongkah arus globalisasi ini kerana dengan sikap yang demikian mereka dapat mempertahankan identiti dan jatidiri mereka selaku umat terbaik (khayru ummah) yang memikul amanah sebagai Khalifah Allah di bumi, di samping memanfaatkan elemen-elemen positif daripada fenomena global ini. 

Sale

Unavailable

Sold Out